Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, February 9, 2012

Isu KV

Belum pum sampai setengah tahun pelaksanaan projek rintis Kolej Vokasional (KV) dah pun kedengaran isu yang berbangkit dari kalangan ibu bapa. Isu yang timbul dan menjadi perbualan ialah ke mana hala tuju pelajar
KV nanti kerana mereka tidak mengambil SPM dan adakah Diploma yang dianugerahkan oleh KV nanti sah dan boleh digunakan untuk mencari pekerjaan terutama sektor kerajaan.

Dua isu telah ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak faham tentang penubuhan KV. Sebelum ini, aliran SKM yang di tawarkan di sekolah menengah vokasional menjadi mangsa sehingga timbul kecelaruan kerana umum maklum bahawa pengambilan pelajar untuk SKM adalah dikalangan pelajar yang tercicir dalam bidang akademik.

Penubuhan KV juga mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir dalam akademik. Kemahiran diberikan kepada mereka untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor swasta serta dalam masa yang sama dapat mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada pekerja asing yang sekarang ini terlalu ramai di Malaysia.

Untuk mengelakkan kekeliruan semakin serius, adalah lebih baik pihak BPTV menyalurkan maklumat yang tepat dan menyeluruh samada di media massa atau pun kepada SMV, SMT dan KV di seluruh Malaysia supaya dapat diterangkan kepada bakal-bakal pelajar yang akan masuk ke KV nanti semasa sesi outreach yang dijalankan oleh pihak SMV, SMT dan KV.

Artikel berkaitan KV

No comments: