Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, August 22, 2013

Bedil Rocoh


Bedil Rocoh@Bedil buoh nera


Antara beberapa nama 'bedil' yang popular suatu ketika dulu. Inilah permainan kanak-kanak Kelantan ketika mereka di kampung. Ado lagi ko budak kampong loni main benda ni?huhu...

Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan 13

Allahu akbar..rasa begitu cepat masa berlalu. Ramadhan sudah nak melabuhkan tirainya. Esok muncullah lah pulĂ  Syawal yang amat ditunggu ramai manusia. Ramadhan kali ini begitu bsnyak dugaannya. Bukan setakat dalam diri bahkan pelanggaran undang-undang dan penghinaan terhadap bulan mulia ini yang dilakukan secara terbuka. Apa yang berlaku dalam bulan ini patut diambil iktibar oleh seluruh umat islam kerana memang menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menjaga kesucianya. Undang-undang yang lemah membuka ruang yang begitu luas kepada segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. Kes pasangan vivian, maznah dan terbaru yang membuat kemunculan kontroversi kali kedua selepas permohonan maaf yang menghina negara sebelum diterima dengan begitu mudah oleh undang-undang yang tidak mewakili seluruh rakyat iaitu namawee. Aku amat percaya orang seperti akan muncul lagi dan mungkin berkumpulan pula untuk mengasak dan mencabar undang-undang negara yang nampak begitu lemah untuk menangani kes sebegini. Inilah penangan apabila mereka yang ada kuasa hanya sibuk menjaga kepentingan politik semata-mata. Angkara politik jugalah runtuhnya Masjid Babri di India beberapa tahun. Ayuhlah semua, kita muhasabah diri, setakat iman kita hari. Dapatkah kita mempertahankan maruah agama?