Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, January 15, 2015

Buah Kalak

Banyak jenis makanan hutan yang aku jumpa selama tinggal di Sarawak ini. Antaranya ialah Buah kalak. Ia adalah sejenis buah hutan. Cara makan dia di buat ulam dengan nasi. Rasa dia tawar dan macam kelak sikit.

Pokok Buah Kalak

Buah Belum masak

Buah yang dah masak

Cara masak:
1. Rendam dalam air panas sampai lembut.
2. Selepas lembut, tuskan.
3. Taburkan sedikit garam halus.
4. Makan dengan nasi.

Tuesday, January 13, 2015

IKLAN MEMUPUK SIKAP RAKYAT


Kerajaan negeri telah memasang billboard besar di persimpangan lampu jalan di Wakaf che Yeh. Semoga iklan ini dapat memberi impak besar dalam memupuk sikap rakyat supaya menjadi lebih baik.

Tuesday, January 6, 2015

Permulaan Tahun Baru yang suram

Dah 6 hari kita berada di tahun baru 2015, baru hari ni dapat update blog ni. Line internet amat slow betul..

Permulaan tahun 2015 disambut dengan rasa sedih dan dukacita oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutama penduduk di negeri Pantai Timur Semenanjung. #PRAYFORPANTAITIMUR. Musibah banjir telah berlaku yang hampir melumpuhkan keseluruhan aktiviti harian terutama sekali di Negeri Kelantan. Banjir kali ini amat teruk sekali, dan aku sendiri tidak pernah melalui pengalaman seteruk ini. Aku amat berharap agar gelombang ke-3 nanti tidak lagi sedasyat ini.

Sekarang kita beralih kepada bantuan pasca selepas banjir. Kita semua tahu, mereka yang terjejas terutama yang kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda dan sebagainya memerlukan sumbangan kita untuk mereka bangkit semula. Pelbagai tabung telah dilancarkan oleh kerajaan dan NGO untuk membantu mangsa banjir. Sumbanglah seikhlas hati anda untuk meringankan beban mereka. Budi anda hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Bantuan dalam bentuk wang tunai, bantuan persekolahan dan khemah untuk dijadikan tempat tinggal sementara amat diperlukan pada waktu sekarang. Dengan sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan, kemungkinan besar keluarga yang terjejas teruk tidak mampu untuk menyediakan kelengkan tersebut. Bantuan anda dapat meringankan penderitaan mereka. Insyaallah..

Ni antara tabung yang telah dilancarkan..



Terima kasih atas bantuan anda semua..