Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, December 31, 2010

Beg Laptop

 Beg A

Beg B

Beg Laptop untuk dijual.

Kelebihan Beg ini:
  1. Kukuh
  2. Cantik
  3. Ada 2 Pilihan (Beg A & Beg B)
Harga = RM35 seunit
Pos Laju = RM5
Total Harga = RM40

Berminat, sila call @ sms ke 019-7533283 (Din).

Thursday, December 30, 2010

Program pmke, glamorous night and perhentian island

Semasa program pmke, glamorous night and perhentian island

Sekolah Amanah Yayasan Amir

10 Disember 2010, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah  mengumumkan 10 Sekolah Amanah di bawah Yayasan Amir terdiri daripada sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan lemah serta merentasi pelbagai latar belakang sosio-ekonomi. Yayasan AMIR ialah sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

10 buah sekolah yang terpilih ialah masing-masing lima di Johor dan Sarawak sebagai projek perintis bagi program itu. Lima sekolah di Johor ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda (2), SK Kampung Layau, Kota Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaa (Tamil) Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Semenchu, Kota Tinggi dan SMK Gelang Patah, manakala lima sekolah di Sarawak ialah Sekolah Menengah Sains Kuching, SK Kg Empila, Samarahan, SK Combine, SK Tabuan dan SMK Bandar Kuching (2).

Muhyiddin dalam ucapannya berkata Sekolah Amanah bukan sekolah elit tetapi merupakan sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

“Dari segi pengurusan sekolah, kementerian akan memberikan kebebasan kepada pentadbir, guru-guru dan pihak swasta dalam bidang tertentu seperti kurikulum, kewangan dan perolehan, pengurusan staf serta carta alir pelaporan, di samping menyediakan garis panduan akauntabiliti yang jelas bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tugas,” katanya.

Sementara itu pada sidang media sama, Azman berkata Lembaga Pengarah Khazanah memperuntukkan RM100 juta bagi tempoh lima tahun untuk melaksanakan program itu. Beliau berkata pemilihan sekolah di Johor dan Sarawak dibuat berikutan operasi Khazanah yang banyak menjalankan program pembangunan di selatan Semenanjung iaitu di kawasan Iskandar Malaysia, Johor.

“Di Sarawak pula, kita mahu mengadakan satu pembangunan yang seimbang, iaitu bukan sahaja di Semenanjung malah di Sabah dan Sarawak. Jadi, kita akan mulakan di Sarawak dulu,” katanya.


Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki milik Malaysia

Tahniah di ucapkan kepada skuad bolasepak Malaysia kerana berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki kali ini dengan agregat 4-2. Pujian harus diberikan kepada semua yang terlibat terutama pemain-pemain, pengurus pasukan, jurulatih dan semua yang memberikan kerjasama sehingga membawa kepada kemenangan tersebut. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara dan menaikkan sedikit paras martabat sukan bolasepak tanah air yang begitu gersang kebelakangan ini.

Siapa yang akan menjulang Piala AFF-Suzuki?

Malam ini adalah penentu siapakah yang akan membawa pulang Piala AFF-Suzuki 2010 samaada Malaysia atau Indonesia. Tetapi Malaysia membawa bekal yang selesa 3-0 semasa perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. Ini bermakna, Indonesia perlu menang 4-0 untuk menjulang piala tersebut. 

Dengan perang siber yang memuncak di twitter mengenai dakwaan penyokong Indonesia dan disensasikan pula oleh media Indonesia mengenai dakwaan penggunaan laser oleh penyokong Malaysia yang menyebabkan Indonesia kalah pada perlawanan pertama.  Pelbagai pihak telah memberi ulasan tentang isu tersebut sehingga isu itu adalah yang teratas di twitter pada hari ini.

Penyokong Malaysia berharap agar semua pemain bermain dengan rentak yang sama ketika perlawanan pertama dan mematahkan setiap serangan yang dilakukan pihak lawan. Pemain juga diharapkan tidak cemas dengan perang psikologi dan mungkin juga berbaur ancaman dari penyokong fanatik indonesia. 

Semoga semangat melawan skuad Malaysia pada malam akan membawa pulang Piala AFF-Suzuki itu. Selamat berjuang kepada pasukan negara. Kami sentiasa mendoakan kejayaan. Jangan mudah mengalah walaupun musuh mempunyai kelebihan dari segi stadium keramat mereka (Stadium Gelora Bung Karno) dan bilangan penyokong yang ramai.

Majlis Persandingan

..