Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, December 20, 2015

Restoran Koperasi Warisan Kg. Senibong

Alhamdulillah, dalam perjalanan untuk balik bercuti tahun ni di beri kesempatan untuk menyinggah di Restoran yang menjadi tumpuan ramai dan pernah disiarkan di TV.
Balik kampung kali ni ada kelainan sedikit sebab turun ikut Johor Bharu. Dari sana di jemput oleh abang aku. Tanpa di rancang, sampai juga dekat kampung Senibong ni.

Satu-satunya restoran yang di buka semasa kami sampai ialah restoran Koperasi Warisan Kampung Senibong. Perut pun sudah lapar, singgah la makan di sini.










menunggu makanan tiba..huhu







Nah, nasi tambah je tinggal, yang lain habis..huhu


Dah habis makan, bergerak balik ke Kluang pula. Kebetulan pula hari dah mula hujan dan angin kuat.

Wednesday, November 18, 2015

Wednesday, November 11, 2015

Whatsaps Scam

Erm..macam2 cara orang guna untuk menipu sekarang ni. Hari ni asyik dapat mesej ni je bila nak search internet. First dapat, dia cakap whatsaps dah expired. Perlu kemaskini.



Dia suruh kita kemaskini, lepas tu siap tunjuk masa berapa saat lagi tinggal. Tadi aku biar je masa tu bergerak, nak tau apa jadi. Tapi yang last sampai tinggal 0.001 saat je seperti gambar bawah. Tunggu juga nak tahu apa akan berlaku. Tak ada apa pun.


Bila ditekan kemaskini, dia akan keluar paparan seperti dibawah. Kalau perhatikan betul2, address kat atas tu bukannya whatsaps.com..


Ni adalah address yang menipu. Langganan wallpaper rupanya. Sengaja berselindung dari whatsapp untuk menipu pengguna. Kalau masuk saja2 kena potong bulanan.


Monday, November 2, 2015

Menteri Malaysia suka MENIPU??

Apa kes ni? kata prepaid dijual pada harga asal bermula November. Tapi harga hari ni masih lagi ada ada tambahan 60 sen untuk prepaid harga RM10.. Sape nak tolong jawab ni???

Sape nak dipersalahkan? Syarikat telekomunikasi ke? Maybank ke? atau SKMM???

Friday, October 9, 2015

Minggu yang memenatkan

Alhamdulillah..minggu ni dah berlalu pergi. Begitulah masa. Tak pernah menunggu kita walaupun sesaat. Kita juga tidak pernah menang dalam mengejar masa. Beruntunglah bagi mereka yang dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Minggu ni dapat tugasan baru sepanjang kerjaya aku setakat ini. huhu.. Kali pertama ditugaskan sebagai Penolong Ketua Pengawas Ujian Bertulis Pelajar Tahun 2 Semester 4 2015. Jadual exam bermula hari Isnin sehingga Khamis.

Begini rupanya menjadi ketua atau penolong pusat exam. Ni baru dalaman sahaja, kalau peperiksaan yang besar seperti SPM tu macamana la? Tapi Alhamdulillah juga la, jadual exam sem ni tidak sampai petang macam sem lepas. Kalau tak letih lagi kerana terpaksa menunggu pelajar sehingga habis waktu pukul 4.30 petang.

Sem ni paling lewat exam abis pukul 1 tengahari. Selepas itu pelajar di arahkan ke kelas masing-masing mengikut jadual waktu seperti biasa. Bermakna dah lepas la tanggunggjawab aku hari tu.. tinggal jaga kelas sendiri je.

Minggu depan Exam amali pula. Harap dapat berjalan lancar.