Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, July 31, 2013

Boleh percaya ke??????

Ni email yang aku terima..apa kebenda ni..ada sape2 blh bagitau..
daripada AirAsia. ;

Airasia Exclusive Program
Asia Pacific Regional Headquarters
Kota Kinabalu International Airport
Old Airport Road Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia


The 2013 AirAsia Exclusive High 5 Special Bonus program selection has been performed at our Asia Pacific

Saturday, July 27, 2013

Rumahku Syurgaku..

Alhamdulillah..rumah idaman telah pun siap. Semalam dah ambik kunci tetapi masih menunggu O.P. Selepas ni boleh la pergi tempah grill, furnishing dan decoration..huhu..furnishing dan grill tingkap dah dapat free..hanya perlu sediakan duit untuk grill pintu utama dan pintu belakang decoration je lagi. banyak juga lagi nakl guna tu..

 tingkap bilik

Tuesday, July 23, 2013

OH RAMADHAN..

Allah..sedar tak sedar dah sampai pertengahan dan Ramadhan tahun ini hampir meninggalkan kita. Semoga amalan kita setakat ini diterima oleh Allah S.W.T. dan membantu kita ketika di mahsyar nanti Insyaallah..  Cuba kita renung sejenak, sampai saat ini ,adakah amalan kita masih lagi seperti di awal Ramadhan yang lalu atau semakin meningkat atau pun sudah sibuk dengan persiapan hari raya. Beruntunglah bagi mereka yang merebut peluang ini dengan melaksanakan amalan-amalan baik dan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Tetapi apa yang sedihnya, surau-surau tidak lagi semeriah awal Ramadhan lalu. Semakin hari Jemaah semakin berkurang. Kemanakah Jemaah-jemaah ini? Mungkin mereka bersendirian dengan meningkatkan amalan di pertengahan malam. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada aku untuk sama-sama meningkatkan amalan di akhir-akhir Ramadhan ini dan berilah peluang kepadaku untuk berjumpa dengan malam yang penuh keberkatan yang dijanjikan dengan pahala 1000 bulan..amin..


Ya Allah, berilah peluang dan kesempatan yang ada ini kepadaku supaya dapat aku mengabdikan diri sepenuhnyan kepadaMu kerana mungkin ini Ramadhan terakhir bagiku..Hanya Engkau yang Maha Mengetahui Ya Allah…

Thursday, July 18, 2013

Turunkan Harga Rumah!!!

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.


Monday, July 15, 2013

Memang Patut Hukum

Pasangan yang menghina Agama Islam melalui facebook yang kecoh ketika ini kerana mempersendakan Agama Islam memang patut di hukum kerana telah menimbulkan perasaan kurang senang dan terhina dengan perbuatan mereka. Permohonan maaf mereka tidak boleh dijadikan alasan untuk membebaskan mereka tanpa tindakan undang-undang yang berkuatkuasa. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mempersendakan mana-mana agama yang ada di Malaysia agar perpaduan yang terjalin hari ini tidak dirosakkan oleh mereka yang tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.

Orang seperti ini patut dihukum, tambahan mereka ini berani menghina agama rasmi Malaysia. Kebiadaban mereka mesti di balas dengan setimpal supaya tidak ada lagi berulang kes-kes sebegini selepas ini. Dia bukan setakat melakukan kesalahan di bawah akta SKMM malah kesalahan yang lebih serius iaitu menghina agama Islam.

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Cepatnye masa berlalu. Dah tiba pun bulan keberkatan dan penuh rahmat ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada aku dan famili aku untuk menunaikan fardu ini dengan sempurna supaya mendapat perlindungan dan rahmat yang Allah turunkan pada bulan. Amin ya Allah..Selamat berpuasa dan beribadat kepada semua muslimin dan muslimat.

Wednesday, July 3, 2013

Namakan kereta Proton

Sesiapa yang kreatif tu, boleh la masuk peraduan ni. Hadiah pun hebat tu.

Monday, July 1, 2013

Tahniah!!

Kejuaraan Piala FA telah pun terjawab sudah. Kelantan masih lagi menyimpan piala tersebut pada musim ini selepas menewaskan Manchester united Malaysia iaitu Johor DT. Tahniah kepada pasukan Kelantan diatas kemenangan tersebut.