Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, July 15, 2013

Memang Patut Hukum

Pasangan yang menghina Agama Islam melalui facebook yang kecoh ketika ini kerana mempersendakan Agama Islam memang patut di hukum kerana telah menimbulkan perasaan kurang senang dan terhina dengan perbuatan mereka. Permohonan maaf mereka tidak boleh dijadikan alasan untuk membebaskan mereka tanpa tindakan undang-undang yang berkuatkuasa. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mempersendakan mana-mana agama yang ada di Malaysia agar perpaduan yang terjalin hari ini tidak dirosakkan oleh mereka yang tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.

Orang seperti ini patut dihukum, tambahan mereka ini berani menghina agama rasmi Malaysia. Kebiadaban mereka mesti di balas dengan setimpal supaya tidak ada lagi berulang kes-kes sebegini selepas ini. Dia bukan setakat melakukan kesalahan di bawah akta SKMM malah kesalahan yang lebih serius iaitu menghina agama Islam.

No comments: