Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 (28.4.2012)


Melihat kepada gambar diatas, memang ramai yang membanjiri Kotaraya KL untuk menyertai Himpunan BERSIH 3.0.  Sinar Harian  menganggarkan lebih 80,000 penyokong Himpunan BERSIH 3.0 telah membanjiri KL. 

Menilai kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini. Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Tetapi perhimpunan tersebut telah dicemari dengan pelbagai provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan segelintir penyokong himpunan bertindak liar. Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan pihak yang mencetuskan provokasi dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana telah mencemarkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen yang memberi hak untuk berhimpun.

Wednesday, April 25, 2012

Maklum balas terhadap content kosong


Terlebih dahulu saya mohon maaf mengenai masalah tersebut. Perkara tersebut diluar jangkaan sy..pihak ziddu.com telah auto delete fail-fail lama terutama selepas penambahbaikan laman sesawang ziddu.com. Kebanyakan fail yang telah saya upload telah hilang..skali lg sy mtk maaf kerana fail2 tersebut tiada lg dlm simpanan sy..apa2 pon, sy ucapkan gud luck kpd calon2 kissm..sy doakan semoga berjaya..

Melayu oh Melayu

Tuesday, April 24, 2012

Tengok, Perhati dan Fikir

Dengan terang-terangan telah mengedar video lucah tapi tiada tindakan di ambil. 

Dengan terang-terangan telah melakukan seks dan telah mengaku membuatnya tapi tiada tindakan di ambil.



Dah ada bukti penglibatan, tertangguh kerana rayuan. Masih menunggu untuk dijatuh hukuman. Hukuman sebelum ini hampir sama dengan pencuri yang mencuri 2 paket milo dan 4 paket nescafe.

Do u laf wen ppl tok lik dis? If you have examples to share, head on here to submit your #OhMyEnglish moment!

Monday, April 23, 2012

Kelantan berdepan tugas mencabar untuk ke akhir Piala FA

Wanna own a VW Golf TSI? Just sign up for any P1 plan from RM 39/month and join the #P1ipunya contest now!
Sekadar seri 1-1 pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA di tempat sendiri amat merisaukan semua peminat The Red Warriors. Kelantan kena bekerja keras untuk memastikan slot ke akhir dapat digenggam. Berdepan dengan skuad Kedah yang bukan calang-calang. Tambahan pula bermain ditempat sendiri dan berbekalkan 1 gol ditempat lawan, Kedah berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding Kelantan. Kedah hanya perlu mengekalkan seri 0-0 untuk layak.

Harapan tinggi peminat pasukan Kelantan untuk melihat Kelantan beraksi di Final perlu di sahut dengan berani oleh Bojan Hodak dan anak buah. Diharapkan percaturan mereka nanti akan membuahkan hasil yang baik kepada Kelantan.

Kami semua peminat The Red Warriors berdoa agar Kelantan memperoleh kemenangan dan mengalahkan Kedah pada pusingan kedua nanti. Amin...

Sunday, April 22, 2012

Soalan Licik, Jawapan Cerdik


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4,kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".



Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.



Pengetua: * Apa 3 x 3?
Abu: * 9
Pengetua: * Apa 6 x 6?* *
Abu: * 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.



Cikgu Murni: * Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: * (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: * Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: * Saku
Cikgu Murni: * Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan? 
Abu: * Kelapa
Cikgu Murni: * Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink",bila keluar lembik dan melekit?



Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.



Abu: * Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: * Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri,wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?



Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.



Abu: * Bersalaman
Cikgu Murni: * Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: * Baik Cikgu
Cikgu Murni: * Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.



Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.



Abu: * Khemah
Cikgu Murni: * Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.



Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.



Abu: * Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: * Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. 


Abu: * Hidung
Cikgu Murni: * Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.



Abu: * Anak panah
Cikgu Murni: * Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? * *
Abu: * Okay
Cikgu Murni: * What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? 
Abu: * Firetruck
Cikgu Murni: * What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: * Fork
Cikgu Murni: * What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?* *
Abu: * Surname
Cikgu Murni: * What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: * Heart



Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe..

Friday, April 20, 2012

Melayu Hari Ini?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Thursday, April 19, 2012

Laporan Prestasi 2011



Bila boss tak ada di ofis     
Bila boss panggil
   
Bila kene attend meeting
   
Bila boss suruh gi training
 
Bila time tea break
 
Bila nk dekat2 pukul 5ptg
 
Bila esok hari cuti
:  
Bila dpt ‘assignment’ baru dr boss
     
Bila ‘assignment’ yg boss bg susah giler nk buat
 
Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn ‘assignment’ boss
 
OT untuk 2 jam
 
OT untuk satu malam
 
Boss suruh kita buat OT waktu weekend
   
Bila dah terbuat silap
     
Bila berjaya ‘perform’ sikit jer
   
Bila gagal, kecewa nk mati
   
Bila org finance lambat byr claim staff
       
Bila dpt tau 
 "Prestasi"  tahun  2011   

Tuesday, April 17, 2012

Zaman UITM 2002

Teringat aku tentang peristiwa yang berlaku hampir 10 tahun yang lepas. Masa tu aku semester 3 pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) di UITM Shah Alam. Aku rasa, mereka yang terlibat dalam tragedi ini, terutama yang tidak dibenarkan masuk ke Kolej Jati pada malam tersebut. 

Kisahnya bermula apabila kami dipaksa untuk menghadiri satu majlis anjuran UMNO di PWTC. Kalau tak salah aku rasanya masa tu perhimpunan agung UMNO. Bas teelah disediakan oleh pihak universiti. Setiap kolej wajib hantar wakil. Bila surat siaran dikeluarkan, aku and the geng masa tu terpikir untuk tidak ikut serta. Lagi pun masa tu, politik ni bukan interest kami.

Jadi, pagi-pagi lagi aku keluar dan pergi melepak di rumah sewa member yang tinggal luar. Bas yang membawa pelajar ke PWTC ada yang bergerak sebelum maghrib dan ada yang selepas maghrib. Dah lama aku kat rumah member, dalam pukul 8 malam aku pun berjalan kaki balik Kolej Jati. Masa tu aku takde kenderaan lagi. Sampai di pintu pagar utama Kolej Jati, pintu pagar didapati berkunci. Aku tanya la member2 yang bersidai kat situ. Mereka kata tidak dibenarkan masuk selagi pelajar yang pergi PWTC tidak balik.

Ok la. Dah camtu, aku pun ke gerai makan seksyen 2. (gerai tersebut telah dirobohkan semasa aku degree sebab nak buat banggunan baru dan aku tak pasti sekarang camne kawasan tersebut). Selepas perut diisi, aku kembali ke kolej dan masih lagi tidak dibenarkan masuk. Aku ambil keputusan untuk menunggu sehingga pagar di buka.

Dalam pukul 10 lebih, pelajar yang pergi PWTC pun tiba. Sekali lagi kami kecewa dan marah apabila tidak dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan. Dalam kekalutan untuk masuk, ada silap faham berlaku dikalangan pengawal. Pintu pagar ke 2 di buka. Masa tu aku sangat bernasib dan sempat berlari masuk melalui pintu pagar 2 sebelum ia di kunci semula. Selepas itu, hanya pelajar yang mempunyai kupon, atau peserta yang pergi ke PWTC sahaja dibenarkan masuk disebabkan pengurusan tidak berpuas hati dengan pelajar yang pergi ke sana.

Selepas aku dapat masuk, aku terus ke bilik aku dan aku kunci pintu. Bagi yang tak dapat masuk, mereka sengaja membuat bising di depan pagar kolej sehingga menimbulkan kurang senang penduduk yang ternganggu dengan bunyi bising. Aku dengar cerita daripada mereka yang terlibat bahawa polis sampai dalam pukul 2 pagi bagi menyuraikan keadaan di atas laporan yang dibuat penduduk yang terganggu.

Selepas rundingan pihak pengurusan dengan polis, mereka terpaksa dibenarkan masuk. Tapi yang ada member tinggal kat luar, dorang tidur di rumah member sehingga esoknya.

Sesiapa yang pernah terlibat dengan kes ni terutama yang menunggu sampai pukul 2 pagi tu, boleh lah berkongsi keadaan sebenar pada hari tersebut. Sebab selepas aku dapat masuk, aku tak tahu apa yang berlaku selepas tu. Hanya dengar cakap-cakap orang je..  

Moral of the story, paksaan tak akan membuahkan hasil yang dijangka..

Sunday, April 15, 2012

Kritikan Anuar Musa berasas

Kebimbangan dan kritikan Anuar Musa terhadap pasukan Kebangsaan sebelum ada asasnya dan terbukti dengan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA pada bulan ini yang menyaksikan Malaysia jatuh ke kedudukan 156 ranking dunia. Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.


Apa yang memalukan, kita berada di belakang negara-negara yang miskin dan tidak dikenali seperti Bangladesh (152), Nepal (149), New Caledonia (154) dan Samoa(155). Negara tersebut diketahui bahawa tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dalam sukan bola sepak jika dibandingkan dengan negara kita.


Di kalangan negara ASEAN pula, kita berada di tangga ke-5 di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).

Dengan kedudukan tersebut, Skuad negara dilihat berdepan dengan masalah yang besar untuk mempertahankan kejuaraan di Piala Suzuki-AFF yang dijadualkan tidak lama lagi. FAM diharap bukan setakat meminda Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) malah mentransformasikan seluruh badan induk itu supaya bola sepak Malaysia kembali gah.

Saturday, April 14, 2012

Isu PTPTN sehangat pisang goreng

Sebelum ini aku pernah mengulas tentang PTPTN di Keikhlasan kerajaan di tagih. Disebabkan kehangatan isu ini, aku sekali lagi terasa nak mengulas mengikut pandangan aku tentang isu ini.

Isu ini bermula setelah diutarakan oleh Anwar Ibrahim, MP Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti PKR dalam memenangi hati golongan muda terutama lepasan IPTA dan IPTS sekaligus meraih undi untuk PRU 13 nanti. Nampaknya isu ini berjaya menarik perhatian umum terutama mereka yang berkepentingan.

Dalam reaksi balas pemimpin BN terhadap isu ini, mereka rata-rata mengatakan bahawa pemansuhan PTPTN hanya sekadar gula-gula politik, mustahil untuk dilaksanakan, cadangan yang tak masuk akal dan juga negara boleh muflis jika dilaksanakan. Tetapi setakat ini, belum ada dikalangan pemimpin BN yang cuba mencari satu penyelesaian yang konkrit terhadap isu tersebut melainkan mengatakan ianya tidak munasabah kecuali gerakan pemuda BN.

Pemuda UMNO dan BN yang diketuai oleh Khairy Jamaludin yang tidak memegang apa-apa fort folio dalam kerajaan cuba mempertahankan PTPTN dengan menubuhkan satu rundingan meja bulat yang mengumpulkan mereka yang berkepentingan termasuk NGO dan wakil pelajar IPTA dan IPTS. Hasil dari rundingan tersebut, beliau mendakwa 11 resolusi telah dicapai.(PTPTN: 11 resolusi rundingan meja bulat anjuran Pemuda Umno).

Dalam usaha untuk menangkis apa yang dicadang oleh pihak pembangkang, kerajaan BN perlu mencari idea yang lebih bagus dan menyeluruh dalam menyelesaikan isu berbangkit mengenai PTPTN sekaligus mengembirakan golongan yang terlibat. Cara itu lebih baik daripada sekadar mengulas dan mengiklan kebaikan PTPTN di media. Sekurang-kurangnya kerajaan BN boleh meredakan sedikit semangat yang sedang membuak dikalangan lepasan IPTA dan IPTS terhadap cadangan menghapuskan PTPTN oleh PKR.

Untuk pembangkang pula, Anwar diminta agar dapat membentangkan kepada umum bagaimana cara/sumber/ mekanisma yang akan digunakan oleh mereka untuk merealisasikan cadangan memansuhkan PTPTN tersebut. Sila bentangkan dengan jelas sumber dan dana untuk membiayai pendidikan secara percuma di Malaysia. Jika ini dapat dilakukan dan dibuktikan dengan jelas oleh pihak pembangkang kepada rakyat, aku yakin dan percaya, PR akan menang dengan selesa pada PRU 13 nanti. Insyaallah..


Apabila mizan dilangkaui

Aku percaya bahawa setiap agama tak kiralah agama samawi ataupun duniawi hatta ajaran Ayah Pin sekali pun mempunyai mizan atau timbangan atau batasan-batasannya tersendiri. Dalam agama Islam batasan-batasan ini ada yang jelas dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. Manakala yang tidak dinyatakan perlu mendapat kesepakatan daripada ijmak Ulamak.

Thursday, April 12, 2012

Bapak susah payah kumpul harta, anak senang-senang nak jual

Apa la nak jadi dengan orang melayu. Bangsa lain berebut untuk mengumpul harta dengan kelimpahan ekonomi yang ada di Malaysia. Melayu pula sibuk nak jual harta yang ada. Orang tua dulu-dulu rela redah hutan, berpanas dan berhujan untuk mengerjakan tanah demi menyenangkan anak cucu akan datang.

Malang sungguh nasib mak ayah yang bersusah payah dulu mengumpul harta apabila diserah kepada anak, anak pula sibuk cuba untuk menjualnya. Nak kaya cepat punya pasal, kepentingan sendiri didahulukan sehingga lupa nasib anak sendiri kelak.

Sedarlah bahawa duit tu sekejap je boleh habis. Tanah yang ada jika tidak dijual boleh menghasilkan pulangan yang lebih baik. Bangsa lain sanggup beli walaupun mahal kerana mereka tahu nilai tanah yang tinggi akan datang.

Sama juga dengan felda. Apa yang kita nampak keuntungan dalam masa terdekat sahaja. Dengan cagaran tanah dan asset felda yang besar tu, jika dimanipulasikan oleh George Soros, habis tergadai harta benda milik felda. Apabila dah berlaku begitu, nak menyesal pun dah tak ada guna.

Pasaran saham ni, silap haribulan syarikat pun boleh bankrap. Sebab pasaran mempunyai risiko paling tinggi. Fikir-fikirlah orang melayu. Orang lain tunggu masa untuk mengambil peluang sahaja.

Wednesday, April 11, 2012

SMS Perangkap

http://my.churpchurp.com/muhaza/share/Pizza3D
Apa yang dicadang oleh Rais Yatim di sokong supaya SKMM dan syarikat telco menyekat sms yang tidak diperlukan yang dihantar secara rambang oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Dalam kenyataan beliau yang dipetik BERNAMA, Datuk Seri Dr Rais Yatim Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata kedua-dua pihak itu diberikan masa dua bulan untuk mereka mencari penyelesaian terbaik selain daripada mengenakan tindakan undang-undang. 

Aku pernah menelefon syarikat Celcom di talian 1111 untuk menghentikan segala iklan yang bersabit dengan nombor yang tidak dikenali ini. Operator itu beritahu yang mereka tidak kuasa untuk menghentikan iklan tersebut kerana itu dari pihak ketiga yang menghantar secara rambang. Aku pun tak tahu, apa lagi usaha yang aku boleh buat untuk menghentikan iklan-iklan sebegini.

Contoh SMS yang dihantar
1. Peringatan kpd (no telefon penerima): Anda perlu tekan ON GT sms ke- 39914 skrg utk aktifkan semula kandungan anda sebelum tamat tempoh!

2. Perhatian kpd (no telefon penerima): jumlah 983 mata ganjaran anda akan tamat hari ini! Pastikan menebus tawaran SMS content ini skrg dgn sms REG BT ke 39981.

3. Peringatan Akhir Untuk (no telefon penerima):Anda perlu tekan ON CM ke 39977 skrg utk UPDATE servis SMS Mobile content BARU 2012.DTech 0380627079

SMS lain ada dari pihak bank yang mempromosi kad kredit, pinjaman dan sebagainya.

Antara nombor penghantarnya setakat yang aku dah terima ialah 62886, 66300, 63390, 69666, 66399, dan 69886.

Sms yang dihantar amat mengelirukan dan boleh membazir duit jika termakan ayat-ayat yang dihantar oleh mereka. Minta jasa baik semua pihak yang berkenaan supaya dapat menyelesaikan masalah sebegini supaya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna telefon bimbit. 

Tuesday, April 10, 2012

Tengok, Perhati dan Fikir


Kot ya pun bencikan orang, jangan la sampai menunjuk-nunjuk. Janganla cari pasal sehingga mendatangkan masalah pada diri sendiri. Kalau la benci sangat dengan PM sekarang, tunggulah tukar dengan PM baru pada pilihanraya nanti. You buat camni, lepas tu publish pula di facebook. Saje nak cari penyakit ke apa macam ni?

Ayat yang di tulis pula macam orang tak de akal. Ermm..



Astro first menggalakkan cetak rompak


Untung sekarang kaki cetak rompak kerana tak perlu lagi nak bersusah payah ke pawagam untuk merakam filem baru. Kerja mereka menjadi lebih senang dengan adanya Astro firstyang boleh merakam dengan langganan serendah RM15.00 satu filem. Dengan cara terbaru ini, filem cetak rompak lebih jelas berbanding dengan sebelum ini.

Dengan jualan serendah RM5.00, kaki cetak rompak ini mengaut keuntungan 500% berbekalkan modal sekeping CD. Memang menguntungkan. Patutla, walaupun bermacam gerakan dilancarkan oleh pihak berkuasa terutama KPDNKK sedikit pun tidak mengurangkan kegiatan mereka.

Yang pastinya, jualan CD cetak rompak semakin berleluasa. Hasil titik peluh mereka yang terlibat dengan penerbitan filem di curi. Selagi ada permintaan dari pengguna ke atas CD cetak rompak, perkara ini sukar untuk dibendung. 

Sekitar Pesta Benak 2012


Keadaan jalan sehari sebelum pesta benak

Gerai-gerai jualan

Ke booth utama

Panorama di atas bukit Kubu Alice yang penuh dengan pengunjung

Friday, April 6, 2012

Jom bercuti di Sri Aman

Pagi ni tengah bersiap untuk balik ke Sri Aman. Tengah tunggu anak bersiap. Sempat lagi aku buka benda ni.. Esok dan lusa ada pesta benak kat sana. Tahun ni ada kesempatan untuk aku lihat pesta benak ni. Macam-macam dah dengar orang cerita. Tapi esok aku akan lihat sendir kemeriahannya..

Untuk yang tinggal berdekatan Kuching, ada PC fair yang berlangsung sekarang. Banting kat tepi jalan tu dah banyak naik. Tempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching berlangsung dari 6 hingga 8 April 2012.

Awasi anak-anak

Setiap anak adalah anugerah yang diamanahkan tuhan yang tidak ternilai. Kehadiran mereka juga memberikan sinar kebahagian kepada semua ibubapa. Oleh itu setiap ibubapa bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak dengan betul ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Dalam cabaran kehidupan masa kini, banyak tanggungjawab kita terhadap anak telah terabai. Kesibukan kita bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak dari tanggungjawab menjaga anak. Ini kerana, setiap anak memerlukan kasih sayang daripada kedua ibubapa mereka.

Kebelakangan ini, kes kanak-kanak di culik semakin meningkat. Lebih teruk dan keji lagi, kanak-kanak yang diculik ada yang dirogol, dibunuh dan dibakar. Untuk mengelak daripada terus berlaku, kita sebagai ibubapa perlu sentiasa peka dan sentiasa menemani anak ketika bermain dan mengajarkan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh anak apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali.

Untuk anak remaja, lain pula kisahnya. Perbuatan lari dari rumah, ikut teman lelaki dan terlibat dengan gejala sosial sentiasa mengisi dada-dada akhbar. Ada yang sudah terlanjur selepas itu tergamak pula membuang bayi yang tak berdosa. Cabaran ibubapa ketika ini lagi mencabar jika penerapan nilai-nilai agama kepada anak tidak disemai dari kecil.

Ketika remaja ni, dia tengah agresif dalam hidup dia dan mempunyai naluri ingin mencuba yang tebal. Hanya benteng agama yang dapat mencegah mereka terhindar dari gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang. Ibubapa kena sentiasa peka dengan gerak geri mereka dan perubahan yang berlaku kepada anak. 

Semoga anak-anak kita dapat membimbing anak-anak kita ke jalan yang betul seperti digariskan di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Insyaallah.. 

Thursday, April 5, 2012

Karier Anuar Musa di cantas?


Melihat kepada hukuman yang dikenakan ke atas Tan Sri Anuar Musa, bekas Timbalan Presiden FAM dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), amat berat dan cuba menjatuhkan prestasi baik pengurusan beliau semasa menarajui KAFA. Apa tidaknya, penggantungan selama 2 tahun dan 6 bulan yang dikenakan oleh FAM itu terlalu lama. Anuar juga dinafikan hak untuk merayu kes tersebut yang menyerlahkan lagi tindakan yang tidak rasional FAM.

Dengan prestasi pasukan Negeri Kelantan kini yang semakin bersinar di bawah kepimpinan Anuar Musa, sudah pasti kepimpinan KAFA masih memerlukan kudrat Anuar Musa untuk memimpin pasukan Kelantan. Tindakan penggantungan yang terlalu lama juga boleh mendtangkan implikasi kepada masa depan pasukan Kelantan.

Penyokong Kelantan terutama peminat Anuar Musa berang dengan tindakan yang di ambil FAM dan telah membuat demonstrasi secara aman di perkarangan FAM dan di Stadium Sultan Muhammad IV. Bojan Hodak, jurulati pasukan Kelantan dalam reaksinya berhubung kes itu menyifatkan Kemenangan Kelantan ke atas Kelab Arema dari Indonesia malam tadi juga dikatakan reaksi terhadap tindakan FAM.

Semoga Tan Sri Anuar Musa dapat terus menabur jasa dalam pasukan Kelantan walaupun dalam tempoh pergantungan. Kami sentiasa menyokong Tan Sri..

Keikhlasan Kerajaan di tagih



Tahun lepas, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) salah satu agensi kerajaan persekutuan telah mengumumkan dan melaksanakan UJRAH dalam sistem bayaran balik pinjaman PTPTN. Tetapi peminjam perlu memohon untuk bertukar kepada sistem tersebut. Pelbagai borang perlu diisi dan dikembalikan untuk proses pertukaran sebelum diluluskan. Sebelum ini kerajaan mengenakan 4% caj perkhidmatan kepada peminjam setiap bulan dan diturunkan secara automatic kepada 3% sebelum diperkenalkan UJRAH.

Selepas UJRAH diperkenalkan, caj 1% dikenakan atas jumlah pinjaman setiap bulan sebagai kos upah pentadbiran. Ini dilihat lebih baik dan lebih murah dari caj yang dikenakan sebelum ini. Tetapi, ramai yang mempersoalkan keikhlasan sistem UJRAH ini kerana ianya bukan secara automatic bertukar. Peminjam perlu memohon terlebih dahulu.

Ramai yang mahukan pinjaman ditukar secara automatic supaya tidak menyusahkan peminjam dengan birokrasi tersebut. Dengan borang, setem hasil dan pelbagai dokumen yang diminta banyak menyusahkan peminjam yang sibuk dengan kerja. PTPTN juga tidak menyeragamkan pinjaman yang dibuat jika seseorang itu meminjam lebih daripada sekali contohnya pinjaman untuk diploma dan ijazah. Kalau nak bertukar kepada UJRAH, pemohon perlu memohon secara berasingan untuk kedua-dua pinjaman.

Susah ke PTPTN tukar je semua pinjaman tersebut kepada sistem UJRAH secara automatic? Kenapa perlu menyusahkan peminjam jika sistem tersebut lebih baik?

Dalam isu lain tentang PTPTN, pihak pembangkang telah barjanji untuk menghapuskan pinjaman PTPTN jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Janji yang dibuat nampak tidak realistic dengan keadaan semasa. Tetapi bagi aku, jika sistem PTPTN dipermudahkan dan memansuhkan segala riba atau cukai atau caj perkhidmatan keatas pinjaman yang dibuat sudah memadai. Jika dia mampu memansuhkan pinjaman tersebut, itu hanya durian runtuh untuk semua peminjan.

Apa yang paling penting, PTPTN kena kurangkan birokrasi dan mempermudahkan segala urusan berkaitan perkhidmatan mereka.

Wednesday, April 4, 2012

Kekebalan FAM melemahkan pasukan Malaysia


Eksyen betul pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tak boleh ditegur, terus melenting. Kalau pengurusan bagus tak la aku nak ambil kisah sangat. Tapi dengan kedudukan ranking sekarang ni, ditambah pula dengan kekalahan teruk semasa kelayakan olimpik lepas, isu tersebut memang menjadi bualan semuu peminat Harimau Malaya.

Kritikan yang diberi bukan bermaksud untuk menjatuhkan apatah lagi hendak melemahkan pasukan Malaysia. Ia semata-mata untuk mengingatkan pengurusan skuad kebangsaan supaya lebih bersikap bertanggungjawab dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mempertahankan piala Suzuki-AFF yang akan berlangsung tak lama lagi.

Terbaru, Tan Sri Anuar Musa, Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden  Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan diambil tindakan kerana mengkritik skuad Harimau Malaya. Ramai yang kata  itu kesilapan Tan Sri sendiri kerana sebagai ahli FAM beliau tak boleh mengkritik secara terbuka di media.

Walau apa pun yang berlaku, FAM perlu mengambil langkah serius untuk memperbetulkan keadaan seperti yang dilakukan oleh PM dengan memperkenalkan pelbagai transformasi dalam kerajaan. FAM juga perlu ditranformasi supaya pasukan Malaysia kembali menyengat di pentas dunia.

Tuesday, April 3, 2012

Tukar Kerajaan

Seperti yang dijangkan parti pimpinan Aung San Suu Kyi menang pada pilihanraya Myanmar. Tambah manis lagi parti tersebut mengusai 43 daripada 44 kerusi yang di pertandingkan. http://www.sinarharian.com.my/global/pilihan-raya-kecil-parti-suu-kyi-menang-besar-1.36979

Jika dilihat senario politik dunia, kebanyakan negara telah pun menukar pemerintah negara mereka. Terbaru ialah   Myanmar sebuah negara anggota Asean. Ada juga yang dipaksa tukar kerana pemerintahan kuku besi, korupsi, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

Negara kita hanya menunggu masa untuk dibubarkan parlimen sahaja. Tarikh masih lagi dirahsiakan dan hanya Allah yang lebih mengetahui walaupun manusia itu telah merancang. Adakah kita akan mengiringi negara lain untuk berubah? Jawapannya ada pada tangan anda sendiri..

Dengan kempen secara tidak langsung dan langsung dah rancak berjalan, kemungkinan untuk dibubar parlimen nampak semakin hampir. Malah malam tadi, menerusi saluran TV1 dan TV3, PM nampak macam dah berkempen. 

Apapun yang berlaku, keputusan PRU-13 nanti akan ditunggu untuk emndapat jawapan.

Monday, April 2, 2012

Pesta Benak

Pesta Benak kembali lagi. Bertempat di Taman Tebingan Sungai Bandar Sri Aman, pesta ini diadakan setiap tahun dan fenomena benak yang terjadi di sini sebagai daya tarikan. Antara acara yang diadakan ialah perlumbaan perahu, bot laju, jualan, pameran dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang belum merancang tempat bercuti di hujung minggu ini, jom kita ramai-ramai meriahkan pesta benak di Sri Aman bermula 6 hingga 8 April 2012. Acara bermula dari pagi sehingga petang. Untuk pengetahuan, Benak di Sungai Batang Lupar merupakan 1 daripada 8 fenomena ombak di sungai seumpamanya di dunia.

Pekeliling Gaji Baru

Alhamdulillah.. Akhirnya Pekeliling baru mengenai gaji kakitangan awam telah pun dikeluarkan oleh JPA. Bagi mereka yang ingin mengetahui lanjut tentang gaji masing-masing bolehlah menyemak di www.jpa.gov.my. Gaji baru ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan akan dibayar seawal bulan ini.