Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, April 15, 2012

Kritikan Anuar Musa berasas

Kebimbangan dan kritikan Anuar Musa terhadap pasukan Kebangsaan sebelum ada asasnya dan terbukti dengan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA pada bulan ini yang menyaksikan Malaysia jatuh ke kedudukan 156 ranking dunia. Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.


Apa yang memalukan, kita berada di belakang negara-negara yang miskin dan tidak dikenali seperti Bangladesh (152), Nepal (149), New Caledonia (154) dan Samoa(155). Negara tersebut diketahui bahawa tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dalam sukan bola sepak jika dibandingkan dengan negara kita.


Di kalangan negara ASEAN pula, kita berada di tangga ke-5 di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).

Dengan kedudukan tersebut, Skuad negara dilihat berdepan dengan masalah yang besar untuk mempertahankan kejuaraan di Piala Suzuki-AFF yang dijadualkan tidak lama lagi. FAM diharap bukan setakat meminda Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) malah mentransformasikan seluruh badan induk itu supaya bola sepak Malaysia kembali gah.

No comments: