Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, April 12, 2012

Bapak susah payah kumpul harta, anak senang-senang nak jual

Apa la nak jadi dengan orang melayu. Bangsa lain berebut untuk mengumpul harta dengan kelimpahan ekonomi yang ada di Malaysia. Melayu pula sibuk nak jual harta yang ada. Orang tua dulu-dulu rela redah hutan, berpanas dan berhujan untuk mengerjakan tanah demi menyenangkan anak cucu akan datang.

Malang sungguh nasib mak ayah yang bersusah payah dulu mengumpul harta apabila diserah kepada anak, anak pula sibuk cuba untuk menjualnya. Nak kaya cepat punya pasal, kepentingan sendiri didahulukan sehingga lupa nasib anak sendiri kelak.

Sedarlah bahawa duit tu sekejap je boleh habis. Tanah yang ada jika tidak dijual boleh menghasilkan pulangan yang lebih baik. Bangsa lain sanggup beli walaupun mahal kerana mereka tahu nilai tanah yang tinggi akan datang.

Sama juga dengan felda. Apa yang kita nampak keuntungan dalam masa terdekat sahaja. Dengan cagaran tanah dan asset felda yang besar tu, jika dimanipulasikan oleh George Soros, habis tergadai harta benda milik felda. Apabila dah berlaku begitu, nak menyesal pun dah tak ada guna.

Pasaran saham ni, silap haribulan syarikat pun boleh bankrap. Sebab pasaran mempunyai risiko paling tinggi. Fikir-fikirlah orang melayu. Orang lain tunggu masa untuk mengambil peluang sahaja.

No comments: