Tahun lepas, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) salah satu agensi kerajaan persekutuan telah mengumumkan dan melaksanakan UJRAH dalam sistem bayaran balik pinjaman PTPTN. Tetapi peminjam perlu memohon untuk bertukar kepada sistem tersebut. Pelbagai borang perlu diisi dan dikembalikan untuk proses pertukaran sebelum diluluskan. Sebelum ini kerajaan mengenakan 4% caj perkhidmatan kepada peminjam setiap bulan dan diturunkan secara automatic kepada 3% sebelum diperkenalkan UJRAH.
Selepas UJRAH diperkenalkan, caj 1% dikenakan atas jumlah pinjaman setiap bulan sebagai kos upah pentadbiran. Ini dilihat lebih baik dan lebih murah dari caj yang dikenakan sebelum ini. Tetapi, ramai yang mempersoalkan keikhlasan sistem UJRAH ini kerana ianya bukan secara automatic bertukar. Peminjam perlu memohon terlebih dahulu.
Ramai yang mahukan pinjaman ditukar secara automatic supaya tidak menyusahkan peminjam dengan birokrasi tersebut. Dengan borang, setem hasil dan pelbagai dokumen yang diminta banyak menyusahkan peminjam yang sibuk dengan kerja. PTPTN juga tidak menyeragamkan pinjaman yang dibuat jika seseorang itu meminjam lebih daripada sekali contohnya pinjaman untuk diploma dan ijazah. Kalau nak bertukar kepada UJRAH, pemohon perlu memohon secara berasingan untuk kedua-dua pinjaman.
Susah ke PTPTN tukar je semua pinjaman tersebut kepada sistem UJRAH secara automatic? Kenapa perlu menyusahkan peminjam jika sistem tersebut lebih baik?
Dalam isu lain tentang PTPTN, pihak pembangkang telah barjanji untuk menghapuskan pinjaman PTPTN jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Janji yang dibuat nampak tidak realistic dengan keadaan semasa. Tetapi bagi aku, jika sistem PTPTN dipermudahkan dan memansuhkan segala riba atau cukai atau caj perkhidmatan keatas pinjaman yang dibuat sudah memadai. Jika dia mampu memansuhkan pinjaman tersebut, itu hanya durian runtuh untuk semua peminjan.
Apa yang paling penting, PTPTN kena kurangkan birokrasi dan mempermudahkan segala urusan berkaitan perkhidmatan mereka.
No comments:
Post a Comment