Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, April 4, 2012

Kekebalan FAM melemahkan pasukan Malaysia


Eksyen betul pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tak boleh ditegur, terus melenting. Kalau pengurusan bagus tak la aku nak ambil kisah sangat. Tapi dengan kedudukan ranking sekarang ni, ditambah pula dengan kekalahan teruk semasa kelayakan olimpik lepas, isu tersebut memang menjadi bualan semuu peminat Harimau Malaya.

Kritikan yang diberi bukan bermaksud untuk menjatuhkan apatah lagi hendak melemahkan pasukan Malaysia. Ia semata-mata untuk mengingatkan pengurusan skuad kebangsaan supaya lebih bersikap bertanggungjawab dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mempertahankan piala Suzuki-AFF yang akan berlangsung tak lama lagi.

Terbaru, Tan Sri Anuar Musa, Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden  Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan diambil tindakan kerana mengkritik skuad Harimau Malaya. Ramai yang kata  itu kesilapan Tan Sri sendiri kerana sebagai ahli FAM beliau tak boleh mengkritik secara terbuka di media.

Walau apa pun yang berlaku, FAM perlu mengambil langkah serius untuk memperbetulkan keadaan seperti yang dilakukan oleh PM dengan memperkenalkan pelbagai transformasi dalam kerajaan. FAM juga perlu ditranformasi supaya pasukan Malaysia kembali menyengat di pentas dunia.

No comments: