Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, June 30, 2014

Masa depan tanah rizab Melayu

Pemilikan tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum ditanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.


Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.


Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.


Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.


British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.


Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan di beberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.


Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.


Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.


Nasib Tanah Rizab Melayu


Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.


Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia dan mendesak kerajaan negeri bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.



Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian tanah rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar tanah rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.


Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan tanah rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.


Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat Bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan Bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan.



Copy dari blog:

Pantau anak remaja

Ramadhan baru menjengah hari kedua. Dalam kita asyik buat ibadat, jangan lupa pula dengan anak remaja kita. Masa remaja ni la dia orang nak mencuba macam-macam perkara. Sebagai ibu bapa, kena la selalu ambil tahu dengan perilaku anak-anak supaya mereka tidak terseleweng dan terjebak dengan perkara yang salah.
Malam tadi, macam tahun sebelum-sebelum ni la, aku terawih 8 rakaat je. dah siap tu turun la nak balik. Erm ada la sepasang remaja tengah berdating. Dah la berduaan, tempat gelap, dekat dengan surau pula tu. Ish2, tak malu dengan orang yang tengah bersolat. Masa orang turun ramai-ramai balik selepas 8 rakaat tu pun dua orang tu boleh buat tak tau je..

Ya Allah, mohon kepadaMu Ya Allah supaya perkara seperti ini tidak berlaku dalam famili aku. Tolonglah ingatkan anak masing-masing sebelum perkara yang lebih parah berlaku. Keruntuhan akhlak anak sebenarnya berpunca dari sikap ambil mudah kita sebagai ibu bapa yang mengharapkan anak sedar sendiri dari kesilapan sedangkan kita tak pernah bagitau yang mana salah dan yang mana betul.

Sama-samalah kita bersikap ambil peduli supaya gejala sosial dikalangan remaja sekarang dapat dibendung.

Friday, June 27, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, tak sampai 2 hari lagi Ramadhan akan menjelma. Alhamdulillah juga, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk Ramadhan kali ini. Ambillah peluang ini sebaik mungkin agar kita dapat beribadat dengan sempurna. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala ujian yang akan kami hadapi dan jauhkanlah kami dari segala tipu daya syaitan. Semoga ibadah yang akan kami lakukan ini diterima dan diampunkan segala dosa kami yang telah lalu.

Kepada semua yang membaca laman ini, aku mohon maaf di atas semua kesalahan dan kekhilafan yang telah aku lakukan. Terima kasih..

Wednesday, June 25, 2014

Guru perlu bertindak jika teraniaya

Ada Ketua Jabatan yang cuba mengambil kesempatan dengan memberi markah LNPT kurang daripada 80% sedangkan guru tersebut telah pun cukup tempoh untuk kenaikan pangkat. Ini berlaku pada kawan saya sendiri. Menurut rekod markah LNPT guru tersebut sebelum ini, semua markah melebihi 80%. Tetapi markah tahun 2013 hanya 79.6%.

Ada lagi satu kes ialah sengaja melewatkan penghantaran borang kenaikan pangkat. Apabila ada pegawai tanya, pihak pengurusan cakap dalam proses dan pending. Tarikh yang sepatutnya pegawai tersebut naik pangkat adalah 3 tahun lepas takkan borang tersebut masih belum proses atau tidak sampai kepada pihak yang bertanggungjawab. 

Ini adalah kes penganiayaan oleh Ketua Jabatan dan pihak terlibat. Guru berhak untuk membuat laporan dengan persatuan terutama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) atau lebih dikenali dengan NUTP atau Sarawak Teachers Union (STU) bagi guru di Sarawak.

Guru boleh membuat aduan dengan mengisi borang seperti contoh di bawah yang diambil dari Majalah Guru Malaysia edaran April 2014. KPPK mohon borang tersebut dihantar kepada Ketua Jabatan, JPN dan KPPK sendiri dalam masa 30 hari untuk tindakan lanjut.

Pegawai perlu alert dengan tarikh kenaikan pangkat dan bertindak dengan segera jika berlaku sebarang masalah supaya ia tidak mendatangkan kerugian kepada diri sendiri kelak.

Supaya masalah seperti yang telah berlaku kepada kawan saya di atas tadi tidak berulang, guru dinasihatkan supaya mengambil langkah proaktif untuk menyertai mana-mana kesatuan guru yang ada supaya nasib kita terbela. Jangan la sayang sangat dengan RM6 bayaran ahli. Kalau berlaku seperti diatas lagi rugi.

Satu lagi, guru simpan la semua surat tugasan mengikut tahun sebagai bukti semasa membuat aduan dengan pihak persatuan nanti. Kalau tak ada bukti susah juga persatuan nak bertindak, tetapi markah LNPT sekarang lebih senang di akses berbanding dengan tulis tangan dahulu.

Bersama kita memartabatkan profesion keguruan dan menolak manusia yang korup dan berprikebinatangan.

Tuesday, June 24, 2014

Saranan untuk keharmonian institusi kekeluargaan

Jumaat lepas, aku sempat bersolat Jumaat di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang. Dalam teks khutbah yang dibacakan oleh khatib pada hari tersebut menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Yang paling banyak di tekankan ialah peranan kedua ibu bapa. Bagaimana didikan yang telah diberi dan ditekankan oleh ibu bapa di rumah kerana ia memberi kesan atau impak yang besar kepada perkembangan rohani anak-anak. Adakah didikan kita hanya untuk dunia sahaja, atau untuk akhirat sahaja atau pun untuk kedua-duanya. Didikan kita akan mempengaruhi perangai dan akhlak anak bila dewasa nanti. Adakah kita mati nanti, anak kita sibuk dengan dunianya, atau hanya datang sekadar menjenguk dari jauh atau berbual-bual dengan kawan-kawan atau yang akan membaca yasin kepada kita serta mendoakan kita kelak.

Untuk post yang lepas itu, memang amat kontra la dengan saranan khutbah Jumaat ini. Baca nentri lepas. Semua ahli keluarga sebenarnya mempunyai peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan keluarga yang bahagia. Nilai kasih sayang perlu diterapkan supaya ahli akan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


Wednesday, June 18, 2014

Tindakan melampau

Dalam pembentukan sahsiah diri dan kemasyarakatan, institusi keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk nilai-nilai murni. Keakraban dan sifat saling sayang menyayangi menjadi pendorong dan nilai tambah dalam mewujudkan masyarakat sejahtera dan bangsa yang teguh. Hal ini memang diterapkan kepada semua pelajar di sekolah.

Menjadi satu perkara yang melampau apabila pentadbiran sebuah sekolah boleh cakap di hadapan perhimpunan yang ibu bapa tidak penting, datang sekolah lebih penting. Takkan la disebabkan pelajar tidak hadir dengan menjaga ibu sakit, membolehkan dia bercakap sedemikian. Mana aspek nilai-nilai murni yang dia belajar sebelum ini. Bila di boooo oleh pelajar, pandai pula melenting dan siap cakap kalau tak puas hati jumpa di bilik dua jam.

Tentang kehadiran pelajar boleh dirunding atas budi bicara. Tengok la keadaan orang tersebut. Jangan terlalu cepat menyalahkan orang. Kita di beri akal untuk menilai. Sedangkan binatang pun sayangkan famili dia, inikan pula manusia. Ada otak tu pakai. Orang sebegini tak perlu direspek dan dihormati dan memang tak layak pun kot. Meremehkan institusi kekeluargaan boleh menyebabkan bukan sahaja keruntuhan institusi keluarga bahkan bangsa itu sendiri.  

Ingatlah, duit boleh dicari. Nyawa tak boleh di tukar ganti. Semasa hidup la kita perlu berbakti kepada ibu bapa yang telah berkorban segalanya untuk kita sehingga kita di saat ini. Tak kan masa dia sakit pun kita masih nak sibuk dengan kerja sendiri. "Syurga itu di tapak kaki ibu". Anak derhaka sahaja yang mengabaikan kedua ibubapanya.

Tuesday, June 17, 2014

Budak Sekolah Sekarang

Baca Berita Sinar. Masalah disiplin pelajar sekolah semakin membimbangkan. Disebabkan kecanggiham teknologi kini, kerenah mereka siap di upload di youtube untuk tontonan umum. Sampai macam itu sekali mereka berani menonjolkan kejahatan mereka tanpa rasa segan silu. Itulah sebab dahulunya ramai yang menentang cadangan untuk membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah.

Itu baru sedikit. Mungkin selepas ini ada aksi ranjang pula di rakam oleh mereka. Realiti sekarang, masyarakat hanya menuding jari kepada guru dan pihak sekolah sahaja. Tetapi mereka tidak sedar yang pembentukan insan ini perlu kerjasama semua lapisan terutama ibu bapa dan masyarakat.

Sekarang ini, kalau cikgu memberi hukuman rotan atas kesalahan pelajar itu sendiri, cikgu itu yang akan saman. Jadi untuk mengelakkan kena saman, terpaksalah biarkan saja atau buat-buat tak tau saja dengan hal pelajar. Itu tindakan yang di ambil jika berdepan dengan ibu bapa yang terlebih pandai la. Kalau ibu bapa yang memberi sokongan pada kita, ada la juga hati nak pantau disiplin anak mereka.

Tugas ini bukan mudah seperti yang diperkatakan diluar sana. Guru terikat dengan macam-macam pekeliling yang membataskan tugasan dan merumitkan. Ada yang tak nak ikut kalau prosedur yang menyusahkan. Itu yang dibiarkan sahaja walaupun pelajar bermasalah.

Renung-renung lah semua. Kerajaan yang patut cari pendekatan terbaik untuk menangani masalah disiplin pelajar yang semakin hari semakin melampau ini.

Monday, June 16, 2014

Kurma berbuah: Fenomena baru di Kelantan

Bulatan Jam Besar kini menjadi tumpuan ramai selepas 10 daripada 37 batang pokok kurma ditanam di kawasan itu berbuah lebat.

Gambar: [001] INFO BERGAMBAR: Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri pokok kurma di Bulatan Jam Besar di pusat bandar raya Kota Bharu yang kini mengeluarkan buah dan menjadi salah satu daya penarik pengunjung yang berkunjung ke Kelantan. Foto ihsan: Bernama

Mungkin ini akan jadi tarikan baru di Bandar Kota Bharu. Sebelum ini pernah lihat pokok kurma, tapi tak ada satu pun yang berbuah. Sesiapa yang nak tengok pokok kurma berbuah secara 'real' boleh la datang ke sini. Terbaeeekkkk...

Konvoi Mee Udang Gumpey

Sabtu lepas, bersama rakan sekerja telah buat perancangan untuk pergi makan mee udang. Setelah membuat tempahan, kami 6 buah kereta berkonvoi ke Kampung Gumpey, Gedong. Mee Udang kat sini menjadi terikan kerana pernah mendapat liputan akhbar dan cara tokey dia mempromosikan di facebook. Taip je mee udang Gumpey di facebook untuk lihat promosi yang di buat. 

Ni first time saya sampai setelah 4 tahun bekerja di sini. Disini special dia mee udang. Dah nama pun kedai Mee Udang Gumpey. Kalau tak suka udang, ada juga masakan lain. Tapi saya tak cadangkan la. Masakan lain tak berapa sangat.

Tapi kalau nak rasa udang yang segar boleh la datang sini. Harga dari RM8 hingga RM50 bergantung kepada saiz udang. Sape-sape yang pernah rasa mee udang Kuala Kangsar tu, datang sini pula, dan bandingkan. Saya pun dah lupa rasa mee udang Kuala Kangsar sebab dah lama tak pergi.






















Friday, June 13, 2014

Promosi Shaklee Bulan Jun 2014

Alhamdulillah, dan terima kasih kepada mereka yang telah berurusan dengan kami. Promosi untuk bulan ini ialah Vita e Complex. So, order sekarang dengan pembelian 6 Vita e Complex anda akan dapat 1 percuma.



kenapa mesti ambil vita e shaklee???

-membekalkan vita e n selenium semulajadi
-mengandungi antioksida yg kuat bg melindungi dr kerosakan oksidatif sel n kerosakan kelembapan kulit,mengandungi kulit dr sinaran lembayung

vita e shaklee mempunyai kebaikan spt berikut:
-menguat/membersih/mencantikkan kulit n salur darah
-memelihara salur darah yg sihat
-memelihara fungsi prostat

kajian menunjukkan vita e & selenium dpt meningkatkan motoliti/pergerakan sperm
siapa yg perlukan vita e shaklee??
-lelaki
-wanita
-remaja
-warga tua
-pesakit jantung n etc
dptkn skrg bli 6 percuma 1..


Order sekarang sms/call/whatsapp segera 011-29930665. Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Thursday, June 12, 2014

Permainan Tradisional masih segar di Kelantan

Permainan tradisional pertandingan wau masih lagi segar di Kelantan. Beberapa Jajahan masih lagi menganjurkan acara tersebut. Alhamdulillah, cuti lepas dapat kesempatan untuk melihat pertandingan wau yang telah diadakan di Kampung Sila, Tok Uban, Pasir Mas. Ramai penooton yang datang melihat pertandingan ini yang dilihat dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan supaya permainan tradisional kita tidak pupus ditelan zaman. Syabas dan tahniah kepada mereka yang masih menghidupkan permainan ini.







Wednesday, June 11, 2014

Hati-hati membeli bahan bacaan anak


Air Kelantan masih teruk

Seminggu balik bercuti di Kelantan di hampakan dengan keadaan air yang terlalu perlahan dan ada kalanya kotor. Keadaan ini amat menyusahkan kami sekeluarga yang besar untuk menguruskan hal seharian. Kerana tekanan air yang terlalu rendah, kami terpaksa menadah dahulu air sebelum dapat mandi. Pada siang hari memang air tak dapat naik ke tangki. Ada dua hari terkena air yang begitu kotor. Nak mandi pun tak tergamak.


Masalah ini bukan baru di Kelantan. Pihak AKSB dan kerajaan negeri di mohon untuk melaksanakan penambahbaikan segera supaya masalah yang berlarutan bertahun-tahun ini dapat diselesaikan segera. Tolonglah selesaikan  masalah asasi ini kerana semua tahu, air adalah nadi utama kepada semua.
video

Semoga dengan keperihatinan pihak kerajaan negeri dapat memudahkan rakyat bukan setakat yang yang balik kampung sekali-sekala macam aku ini malah mereka yang di Kelantan sendiri yang telah bertahun-tahun berdepan masalah ini.