Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, June 25, 2014

Guru perlu bertindak jika teraniaya

Ada Ketua Jabatan yang cuba mengambil kesempatan dengan memberi markah LNPT kurang daripada 80% sedangkan guru tersebut telah pun cukup tempoh untuk kenaikan pangkat. Ini berlaku pada kawan saya sendiri. Menurut rekod markah LNPT guru tersebut sebelum ini, semua markah melebihi 80%. Tetapi markah tahun 2013 hanya 79.6%.

Ada lagi satu kes ialah sengaja melewatkan penghantaran borang kenaikan pangkat. Apabila ada pegawai tanya, pihak pengurusan cakap dalam proses dan pending. Tarikh yang sepatutnya pegawai tersebut naik pangkat adalah 3 tahun lepas takkan borang tersebut masih belum proses atau tidak sampai kepada pihak yang bertanggungjawab. 

Ini adalah kes penganiayaan oleh Ketua Jabatan dan pihak terlibat. Guru berhak untuk membuat laporan dengan persatuan terutama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) atau lebih dikenali dengan NUTP atau Sarawak Teachers Union (STU) bagi guru di Sarawak.

Guru boleh membuat aduan dengan mengisi borang seperti contoh di bawah yang diambil dari Majalah Guru Malaysia edaran April 2014. KPPK mohon borang tersebut dihantar kepada Ketua Jabatan, JPN dan KPPK sendiri dalam masa 30 hari untuk tindakan lanjut.

Pegawai perlu alert dengan tarikh kenaikan pangkat dan bertindak dengan segera jika berlaku sebarang masalah supaya ia tidak mendatangkan kerugian kepada diri sendiri kelak.

Supaya masalah seperti yang telah berlaku kepada kawan saya di atas tadi tidak berulang, guru dinasihatkan supaya mengambil langkah proaktif untuk menyertai mana-mana kesatuan guru yang ada supaya nasib kita terbela. Jangan la sayang sangat dengan RM6 bayaran ahli. Kalau berlaku seperti diatas lagi rugi.

Satu lagi, guru simpan la semua surat tugasan mengikut tahun sebagai bukti semasa membuat aduan dengan pihak persatuan nanti. Kalau tak ada bukti susah juga persatuan nak bertindak, tetapi markah LNPT sekarang lebih senang di akses berbanding dengan tulis tangan dahulu.

Bersama kita memartabatkan profesion keguruan dan menolak manusia yang korup dan berprikebinatangan.

No comments: