Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, December 18, 2011

Program Transformasi Minda


Program Transformasi Minda atau PTM akan dilaksanakan pada tahun 2012. Program ini akan menggantikan Kursus Induksi Skim Saraan Malaysia atau KISSM yang dijalankan untuk memilih kakitangan awam sebelum ini.

PTM ini akan dijalankan selama seminggu iaitu 5 hari bekerja. Modul kursus belum lagi didedahkan. Sesiapa yang belum menghadiri kursus induksi SSM sebelum 1 Januari 2012 akan mengikuti kursus PTM sebagai syarat untuk disahkan lantikan kelak.

Sunday, December 11, 2011

Kenaikan Gaji Tahunan

Sejajar dengan tujuan untuk menjadikan pegawai berprestasi tinggi, konsep Gaji Berasaskan Prestasi diperkenalkan di mana KGT bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan mengikut pencapaian prestasi berdasar peratusan.

KGT diberi kepada pegawai yang mencapai prestasi sekurang-kurangnya Menepati Sasaran dengan kadar KGT di Jadual 6 tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum.


Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.
Formula penentuan amaun KGT ialah:


Amaun KGT hendaklah dibundarkan kepada RM5.00 tertinggi terhampir.

Saturday, December 10, 2011

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia mula diedar

LHDN
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 10, 2011
KUALA LUMPUR - Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.


________________________________________________________________

Syarat kelayakan ialah:
  1. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  2. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  4. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  5. Warga emas sebatang kara
  6. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
    memohon.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan dan slip penyata gaji hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.


Bagi mereka yang memenuhi syarat, dapatkan borang permohonan. isi dan sertakan dengan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan dan serah ditempat-tempat yang dinyatakan di atas dengan segera kerana tempoh yang diberikan hanya lebih kurang sebulan sahaja. Rebutlah peluang ini kerana ini adalah hak anda dan kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan jika peruntukan yang diumumkan sebelum ini tidak mencukupi. 

Friday, December 9, 2011

Isu Penjawat Awam

AWAS Gelombang ke-2

Gelombang ke-2 banjir diramal akan melanda pantai timur antara 11 hingga 14 Disember dan 25 hingga 28 Disember ketika air laut pasang. Dalam gelombang pertama dahulu, Kelantan mencatatkan 6 kes kematian akibat lemas. Gelombang kedua diramal lebih teruk kerana hujan berlarutan berserta dengan air laut pasang. Mereka yang terjejas akibat banjir diharap dapat mengikut segala arahan untuk berpindah bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Ibubapa juga perlu mengawasi anak-anak daripada bermain dengan air. 

Thursday, December 8, 2011

Tempoh Naik Pangkat SBPA


PPP boleh dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi tanpa kekosongan jawatan berdasarkan kecemerlangan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat mengikut tempoh minimum perkhidmatan yang ditetapkan seperti di Jadual 5.


Pemindahan Gred Jawatan SBPA


Penggal Persekolahan 2012



Tarikh Pembayaran Gaji 2012


Monday, December 5, 2011

INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TAJUK TUGASAN : INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM IALAH HASIL CETUSAN IDEA-IDEA YANG KREATIF DAN INOVATIF YANG DAPAT MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SERTA MEMBERI FAEDAH KEPADA PELANGGAN. HURAIKAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (AIPA) DAN BERIKAN CONTOH-CONTOH INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN JUGA MEMENANGI ANUGERAH



  1. Objektif Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
  2. RUMUSAN 



Musim banjir sudah tiba

Gelombang banjir telah tiba di kebanyakan negri di Malaysia terutama negeri-negeri pantai timur. Dengan ramalan purata hujan yang turun meningkat berbanding tahun lepas akan menyaksikan banjir yang lebih teruk. Apa yang lebih penting kepada kita ialah untuk mengelakkan musibah di musim banjir ini. Awasilah anak-anak kita daripada bermain dengan air supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Untuk maklumat tentang banjir di Kelantan, sila layari http://ebanjir.kelantan.gov.my/ atau http://portalbanjir.mkn.gov.my/