Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, May 23, 2012

Piala AFC:Kelantan memburu mahu kepusingan seterusnya

Malam ini dijangka kedua-dua pasukan akan mempamerkan aksi terbaik mereka untuk merebut tiket ke suku akhir Piala AFC. Kelantan yang juga Juara baru Piala FA, yang masih keletihan akan cuba sedaya upaya untuk menang di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammad Ke IV menentang jiran sebelah Terenganu.

Ayuh semua rakyat Kelantan, sama-sama kita doakan kemenangan pasukan kesayangan kita supaya dapat mencipta satu lagi rekod baru sukan bola sepak Kelantan.
Check out how Honda infused its going green image into murals in KLCC Convex Tunnel. #HondaHybrid

Rakaman Debat PTPTN

Rakaman debat PTPTN antara Khairy Jamaludin (UMNO) dan Rafizi (PKR) anjuran Kumpulan Media Karangkraf. Semua perlu lihat untuk menilai sejauh mana pro dan kontra tawaran yang di war-warkan oleh pakatan rakyat sama ada ia realistik dan menguntungkan rakyat!!

Part 1

Part 2

Part 3

Sidang media

Tuesday, May 22, 2012

Bekas Penjawat Awam sertai PAS


Kejutan terbaru menjelang PRU 13,ada bekas penjawat awam telah menyertai parti PAS. Terbaru ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS pada 20.5.2012.

Dalam ucapannya semasa penyerahan borang keahlian, Datuk Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Seorang lagi penjawat awam yang menyertai PAS ialah bekas Timbalan Residen Miri, Sarawak,  Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.

Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.

Penghijrahan bekas penjawat awam ke parti pembangkang menandakan atau mencerminkan ada yang tidak kena dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Kekusutan yang berlaku dalam UMNO tidak boleh dibendung lagi sehingga campur tangan bekas PM yang sebelum ini telah keluar kerana tidak setuju dengan pemerintahan Pak Lah. 

Sunday, May 20, 2012

Kumpulan gay bergerak aktif di internet


http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Blogger-blogger-Gay-SeMalaysia-Malaysia-Gay-Blogger-Association/153762284679485

Kumpulan ini masih aktif mempromosikan agenda songsang mereka. Di mana badan penguatkuasaan yang bertanggungjawab dengan gejala ini? Apa pemantauan yang telah mereka buat? Apa tindakan yang mereka? Perlukah sampai kumpulan mereka kuat baru nak ada tindakan? Pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual, LGBT ini yang memperjuangkan amalan haram yang telah melenyapkan kaum Luth.

Setakat ini, tindakan dari pihak berkuasa pula yang diharapkan agar gejala ini dapat dibendung dari peringkat akar umbi supaya mereka tidak bertapak walaupun seorang pengikut. Jika tidak, pasti porak peranda akan menanti di kemudian hari. 

Semua lapisan masyarakat perlu bekerjasama terutama umat Islam di Malaysia, salurkan maklumat kepada pihak berwajib supaya amalan ini dibanteras dan tidak mempengaruhi amalan murni dan adat resam masyarakat Islam.

Akhirnya, Piala FA sah milik Kelantan

Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana bertungkus lumus dalam perlawanan malam tadi sehingga mengesahkan juara baru Piala FA. Semua rakyat Kelantan bergembira dengan keputusan malam tadi. Selepas ini, Kelantan perlu fokus untuk mempertahankan Juara Liga Super pula..

Dengan kemenangan malam tadi, KAFA dijangka akan mengumumkan imbuhan kepada semua pemain dalam masa terdekat. Wah, dapat durian runtuh la sek dio..

Apa-apa pun syabas dan tahniah untuk pasukan Kelantan. Terima kasih juga kepada sek-sek penyokong kerana menunjukkan imej bersih malam tadi. Ini menunjukkan penyokong Kelantan telah matang dalam arena ini dengan menunjukkan disiplin yang baik. Semoga ianya berterusan. Kelantan terbaikkk...


Saturday, May 19, 2012

Paila FA milik Kelantan?



Malam ini,  juara Piala FA akan ditentukan di Stadium Bukit Jalil antara Pasukan Negeri Kelantan dan KL Sime Darby FC. Kedua-dua pasukan memburu Piala FA sebagai pembakar semangat untuk meneruskan saingan masing-masing di Liga Super  dan Liga Perdana. Walaupun Pasukan Kelantan dilihat mempunyai kelebihan, tetapi pasukan Sime Darby berbekalkan semangat dan habuan yang menanti mereka jika berjaya membawa pulang Piala tersebut.

Oleh itu, pasukan Kelantan tidak boleh mengambil mudah dan perlu bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk menafikan kelebihan Sime Darby. Pemain perlu memastikan strategi yang telah di atur oleh jurulatih Bojan Hodak dilaksanakan dengan cemerlang.

Kepada semua rakyat Kelantan, mari ramai-ramai kito pakat sokong pasukan negeri kito. Hok gi stadium tu, jago tingkah laku kito. Jange sebbab perlakuan kito, namo negeri kito diburukkan. Jago imej baik sek kito. Hok duk jauh dan tok leh gi di stadium tu, boleh la tengok di RTM1. Samo-samo la jugok kito berdoa agar kemenangan kepada pasukan kito.

Kepada yang memandu sendiri untuk ke KL tu, hati-hati di jalanrayo. Tak payoh nok laju-laju lah, kerajaan negeri bui cuti doh. Nyawa lagi penting. Ingat ore tersaye..

Friday, May 18, 2012

Debat PTPTN

Debat PTPTN diantara Khairy Jamaludin dan Rafizi yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf akan berlangsung pada 22 Mei ini. Debat tersebut akan diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam mulai jam 10 malam. Sesiapa yang tidak berkesempatan ke sana boleh lah mengikuti siaran langsung di Astro Awani dan Bernama Radio24.

Jom sama-sama kita tengok debat yang mengulas tentang PTPTN yang bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.
Take it up a notch, get spotted with a Volkswagen for only RM980 monthly! #VWfan

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru yang hambar

Tanggal 16 Mei setiap tahun, perayaan hari guru di sambut di selurh Malaysia bagi meraikan jasa guru. Pada tahun ini, semua sekolah diwajibkan untuk menyambut secara serentak dengan sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Perak. 

Di sekolah aku pula, tak pernah lagi aku jumpa di sekolah lama, hari guru tadi disambut dengan P&P pada sebelah pagi sehingga pukul 10.30. Semua warga sekolah diminta berkumpul pada pukul 10.50 pagi iaitu selepas waktu rehat.

Pada pukul 11 ditayangkan siaran langsung dari RTM1 sehinggalah habis ucapan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin. Selepas itu ucapan wakil YDP PIBG dan nyanyian lagu hari guru diikuti dengan persembahan pelajar  diselang seli dengan upara penyampaian anugerah.

Sambutan tadi begitu menghambarkan. Tak terasa pun diraikan dan yang seronoknya ialah pelajar sebab dapat tengok persembahan. Pukul 2 ptg pergi jamuan. Makanan yang disajikan sama dengan makanan yang dimasak untuk pelajar asrama. Hampir pukul 3 baru ada acara sukaneka untuk guru yang berlangsung hampir sampai pukul 5 petang. Yang peliknya acara sukaneka nye ialah menghias kolum. Dia ingat ni raye tamil ke? Benggong betul yang membuat acara ni. Pertandingan lain ialah mengayam ketupat dan satu lagi menghias hantaran. tu je la..

Tengok sekolah lain pukul 1.30 ada yang dah sampai rumah. Ramai juga yang memprotes dan tak ambil bahagian terutama guru lelaki. Aku sebab masih baru kat situ, terpaksala tunggu sampai habis. Amat ketara bezanya dengan sekolah lama aku dulu. Erm pengetua ini langsung tidak menjaga hubungan dengan pihak guru biasa. Yang dia tahu, result bagus je..
Promo from 18 – 20 May where u can be a proud Volkswagen owner for only RM980/month, u better get going. #VWfan

PM di sambut dengan 'bersih' di London

Tuesday, May 15, 2012

Kesesakan di Kuching, pengangkutan awam perlu penambahbaikan


Kenderaan awam yang sedia ada dilihat tidak banyak membantu mengurangkan kesesakan. Dengan keadaan sesetengah bas yang uzur membantutkan lagi selera pengguna kenderaan awam. Ini menuntut penghuni setiap kelurga disini mempunyai kenderaan sendiri sekurang-kurangnya sebuah kereta di setiap rumah.

Dengan kesesakan yang semakin teruk, ramai yang berpendapat bahawa sudah tiba masa Bandar Kuching ini dimajukan dengan pengangkutan awam yang lebih canggih dan effisien seperti yang ada di semenanjung. Ramai yang mahukan kerajaan mengkaji pembinaan monorel untuk mengatasi masalah yang semakin bertambah setiap hari.

Pihak kerajaan negeri dipohon untuk mengambil langkah serius menangani kesesakan yang berlaku supaya tidak membebankan pengguna jalanraya yang bertambah setiap hari. Kami menyokong penggunaan kenderaan awam, tetapi biarlah selesa dan perkhidmatan setimpal dengan bayaran.

Monday, May 14, 2012

HUDUD

Hudud adalah satu perundangan dalam kehidupan seluruh umat Islam. Menolak hudud bererti menolak suruhan Allah S.W.T. Oleh itu, sebagai umat Islam, tidak kiralah yang betul-betul beriman atau Islam keturunan, selagi agamanya Islam mesti ada keinginan untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata yang boleh menyeleweng dari peraturan yang telah lama digariskan dalam Al-Quran apatah lagi demi kepentingan diri sendiri.

Apabila ada sesetengah pihak yang ingin ke arah memartabatkan hukum Allah, umat Islam seharusnya bersatu untuk menyokong perjuangan tersebut. Kita tak boleh ambil pandangan dari karpal singh sebab dia dah terang-terangan orang kafir. Kita hanya boleh berdoa agar karpal singh dibuka pintu hati untuk terima cara hidup orang Islam. Mungkin karpal singh tak tahu mengenai perintah Allah tersebut.

Tetapi, kalau kita yang mengaku Islam bersekongkol untuk menentang hudud, sama je la jadinya kita dengan karpal. Karpal menolak sebab dia tak faham, tapi kita menolak sebab apa? Kuno? ketinggalan zaman? Menyeksakan? Istilah itu tak de dalam hukum hudud.

Matlamat hudud membanteras dari awal sebelum sesuatu berlaku. Apabila berlaku mungkar, bermakna yang melakukan itu degil daripada menuruti perintah. Hukuman mesti setimpal dan memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulanginya. 

Yang tak faham tu, fikir lah dengan baik. Pergilah cari tok-tok guru untuk belajar. Bukan sekadar mengutuk hukuman tersebut. Kemodenan sekarang tidak dapat membendung masalah gejala sosial yang semakin mempengaruhi kehidupan kita. 

Sunday, May 13, 2012

Keunikan politik Kelantan membawa tuah?

Keputusan terbaik yang diraih oleh BN selepas itu ialah semasa PRU 2004 dan ketika itu Pak Lah menjadi PM. BN hampir merampas kembali Kelantan dengan beza satu kerusi DUN sahaja.

Untuk PRU 13 ini, UMNO Kelantan berusaha dengan pelbagai cara untuk merampas kembali Kelantan dan mengukuhkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Oleh sebab perbezaan politik yang ketara itu, negeri Kelantan sentiasa menjadi perhatian dan dijadikan kayu pengukur sokongan rakyat kepada kerajaan. Ada yang datang ke Kelantan semata-mata untuk mengkaji sosiologi rakyat sehingga wujudnya perbezaan politik yang ketara.

Apa yang menariknya di Kelantan, rakyat Kelantan jarang merungut apabila berhadapan dengan masalah. Tengoklah isu air di Kelantan. Walaupun setiap kali PRU di hebohkan dengan isu air, ia bagaikan tidak 'makan saman' oleh orang Kelantan. Jika bekalan elektrik terputus, hanya beberapa orang sahaja yang membuat aduan di TNB. Itulah yang peliknya rakyat Kelantan. Mungkin kesabaran yang tinggi yang dititikberatkan dalam jiwa setiap rakyat yang membuatkan mereka jadi begitu.


Tapi apa yang pelik, ada juga yang sanggup menolak bantuan kerajaan pusat demi prinsip yang dipegang selama ini. Pondok Berangan yang diberikan bantuan sebanyak RM100000 menolak tawaran tersebut semalam.

Walau apa pun yang akan berlaku di Kelantan selepas PRU 13 nanti, diharapkan agar rakyat Kelantan menjaga jati diri dan tidak lupa untuk berbakti kepada negeri kelahiran kita.

Friday, May 11, 2012

Amerika menuju kehancuran sosial

Obama yang terdesak untuk mempertahankan jawatan Presiden dengan terbuka telah menyokong perkahwinan sejenis di negara tersebut dan mencetuskan suasana tidak senang dikalangan masyarakatnya sendiri. Separuh daripada rakyat amerika membantah sokongan tersebut manakala pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) menyambut dengan gembira kenyataan yang dikeluarkan oleh obama.

Dengan krisis sosial dan gejala songsang yang meningkat di eropah, amerika menjadi ketua negara eropah yang dengan terbuka menyokong gejala tersebut. Keruntuhan moral penganut kristian amerika amat teruk sehingga tidak boleh dibendung oleh kerajaan amerika sehingga terpaksa merestui hubungan songsang yang dilarang oleh semua agama di dunia.

Di Malaysai, gejala-gejala songsang ini cuba menunjukkan kehadiran mereka dengan kerjasama NGO atas nama hak asasi manusia. Buktinya, geng2 LGBT secara terbuka ingin menganjurkan program seksualiti merdeka. Promosi tentang seksualiti merdeka masih lagi aktif dan menjadi acara tahunan mereka. Lihat http://www.seksualitimerdeka.org/

Kerajaan perlu memantau dengan serius kelibat dan aktiviti golongan ini supaya negara Islam Malaysia tidak dijadikan tapak penyebaran sebarang ideologi songsang yang bercanggah dengan perlembagaan negara. Kesucian sebuah negara Islam adalah menjadi kewajipan setiap rakyat untuk mempertahankannnya dengan apa jua sekalipun. Tetapi sebagai pemimpin yang berkuasa, tanggungjawab ini mesti dipikul dengan ikhlas agar negara Malaysia terselamat dari bala bencana.

Sambutan Hari Guru 2012













Monday, May 7, 2012

Perancis tukar Presiden sekular




Thursday, May 3, 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012

Bagi pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 anda boleh menyemak keputusan panggilan temuduga yang telah dibuka mulai sekarang. Klik di sini untuk direct ke semakan permohonan.


Bagi permohonan ke Matrikulasi KPM sesi 2012/2013 pula, Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi. Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan 


Anda juga boleh menyemak Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
  • Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke15888
  • Contoh : MOE MAT 920605051542


A smoother navigation & a complete facelift, check out the new #ChurpChurp

Walk With Me 2012

Program Walk With Me 2012 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berlangsung pada hari ini sehingga 5.5.2012. Berikut adalah acara sepanjang program tersebut berjalan.

ACARA 3 MEI:


-          Walkaton D’Raja Kelantan (3 petang)

-          Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus (9 malam)

ACARA 4 MEI:

-          Auto Show Competition II (10 pagi)

-          Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (3 petang)

-          Wacana D’Raja Sinar: Bersatu Demi Islam


ACARA 5 MEI:

-          Pertandingan Gubahan Hamper: Buah-buhan & Produk Agro Mas (10 pagi)

-          Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (5 petang)

-          Pertunjukan Drift (5 petang)

-          Persembahan Kesatria Wira Merah (9 malam)

Datanglah beramai-ramai untuk melihat dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.



Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0:Pengundi atas pagar sokong BN





Pelajar sekarang kurang ajar dan biadab?


Betul atau tidak statement ini, bergantung kepada individu yang terlibat. Bukan kesalahan yang nak dicari, tetapi jalan penyelasaian untuk menangani masalah ini. Bagi kebanyakan ibubapa, mungkin jarang terjadi jika keutuhan dan hubungan keluarga masih dijaga dengan rapi. Tetapi kebanyakan masalah timbul apabila berada diluar sana.

Di sekolah, keadaan ketara blh dilihat. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah, masalah yang sama juga dihadapi. Perangai kurang ajar dan biadab dikalangan pelajar menjadi-jadi. Sikap yang membelakangkan adab-adab timur yang menyebabkan masalah ini. Sekarang ini makin ketara dari segenap segi.

Jika dulu, guru dihormati. Teguran guru, tak berani nak sanggah lagi. Bilik guru, tempat yang paling digeruni. Tak ada masa nak melepak dan bersidai di tepi balkoni. Kerana masa amat berharga, perginya takkan kembali. Kalau pelawat datang terus senyap dan sunyi. Malu nak tunjuk kedangkalan diri.

Zaman dah berubah. Sekarang dah tidak macam tu dah. Tindakan guru pun berani dibantah. Bilik guru tempat dia menyinggah. Kalau ada urusan dengan guru, tak ada la nak kisah. Pergaulan lelaki dan perempuan dah tak ada pemisah. Dibalkonilah tempat yang mereka suka bermadah helah. Membazirkan waktu tanpa faedah.