Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, May 1, 2012

Pelajar sekarang kurang ajar dan biadab?


Betul atau tidak statement ini, bergantung kepada individu yang terlibat. Bukan kesalahan yang nak dicari, tetapi jalan penyelasaian untuk menangani masalah ini. Bagi kebanyakan ibubapa, mungkin jarang terjadi jika keutuhan dan hubungan keluarga masih dijaga dengan rapi. Tetapi kebanyakan masalah timbul apabila berada diluar sana.

Di sekolah, keadaan ketara blh dilihat. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah, masalah yang sama juga dihadapi. Perangai kurang ajar dan biadab dikalangan pelajar menjadi-jadi. Sikap yang membelakangkan adab-adab timur yang menyebabkan masalah ini. Sekarang ini makin ketara dari segenap segi.

Jika dulu, guru dihormati. Teguran guru, tak berani nak sanggah lagi. Bilik guru, tempat yang paling digeruni. Tak ada masa nak melepak dan bersidai di tepi balkoni. Kerana masa amat berharga, perginya takkan kembali. Kalau pelawat datang terus senyap dan sunyi. Malu nak tunjuk kedangkalan diri.

Zaman dah berubah. Sekarang dah tidak macam tu dah. Tindakan guru pun berani dibantah. Bilik guru tempat dia menyinggah. Kalau ada urusan dengan guru, tak ada la nak kisah. Pergaulan lelaki dan perempuan dah tak ada pemisah. Dibalkonilah tempat yang mereka suka bermadah helah. Membazirkan waktu tanpa faedah.

Post a Comment