Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, May 11, 2012

Amerika menuju kehancuran sosial

Obama yang terdesak untuk mempertahankan jawatan Presiden dengan terbuka telah menyokong perkahwinan sejenis di negara tersebut dan mencetuskan suasana tidak senang dikalangan masyarakatnya sendiri. Separuh daripada rakyat amerika membantah sokongan tersebut manakala pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) menyambut dengan gembira kenyataan yang dikeluarkan oleh obama.

Dengan krisis sosial dan gejala songsang yang meningkat di eropah, amerika menjadi ketua negara eropah yang dengan terbuka menyokong gejala tersebut. Keruntuhan moral penganut kristian amerika amat teruk sehingga tidak boleh dibendung oleh kerajaan amerika sehingga terpaksa merestui hubungan songsang yang dilarang oleh semua agama di dunia.

Di Malaysai, gejala-gejala songsang ini cuba menunjukkan kehadiran mereka dengan kerjasama NGO atas nama hak asasi manusia. Buktinya, geng2 LGBT secara terbuka ingin menganjurkan program seksualiti merdeka. Promosi tentang seksualiti merdeka masih lagi aktif dan menjadi acara tahunan mereka. Lihat http://www.seksualitimerdeka.org/

Kerajaan perlu memantau dengan serius kelibat dan aktiviti golongan ini supaya negara Islam Malaysia tidak dijadikan tapak penyebaran sebarang ideologi songsang yang bercanggah dengan perlembagaan negara. Kesucian sebuah negara Islam adalah menjadi kewajipan setiap rakyat untuk mempertahankannnya dengan apa jua sekalipun. Tetapi sebagai pemimpin yang berkuasa, tanggungjawab ini mesti dipikul dengan ikhlas agar negara Malaysia terselamat dari bala bencana.

No comments: