Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, May 20, 2012

Kumpulan gay bergerak aktif di internet


http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Blogger-blogger-Gay-SeMalaysia-Malaysia-Gay-Blogger-Association/153762284679485

Kumpulan ini masih aktif mempromosikan agenda songsang mereka. Di mana badan penguatkuasaan yang bertanggungjawab dengan gejala ini? Apa pemantauan yang telah mereka buat? Apa tindakan yang mereka? Perlukah sampai kumpulan mereka kuat baru nak ada tindakan? Pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual, LGBT ini yang memperjuangkan amalan haram yang telah melenyapkan kaum Luth.

Setakat ini, tindakan dari pihak berkuasa pula yang diharapkan agar gejala ini dapat dibendung dari peringkat akar umbi supaya mereka tidak bertapak walaupun seorang pengikut. Jika tidak, pasti porak peranda akan menanti di kemudian hari. 

Semua lapisan masyarakat perlu bekerjasama terutama umat Islam di Malaysia, salurkan maklumat kepada pihak berwajib supaya amalan ini dibanteras dan tidak mempengaruhi amalan murni dan adat resam masyarakat Islam.

No comments: