Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, May 14, 2012

HUDUD

Hudud adalah satu perundangan dalam kehidupan seluruh umat Islam. Menolak hudud bererti menolak suruhan Allah S.W.T. Oleh itu, sebagai umat Islam, tidak kiralah yang betul-betul beriman atau Islam keturunan, selagi agamanya Islam mesti ada keinginan untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata yang boleh menyeleweng dari peraturan yang telah lama digariskan dalam Al-Quran apatah lagi demi kepentingan diri sendiri.

Apabila ada sesetengah pihak yang ingin ke arah memartabatkan hukum Allah, umat Islam seharusnya bersatu untuk menyokong perjuangan tersebut. Kita tak boleh ambil pandangan dari karpal singh sebab dia dah terang-terangan orang kafir. Kita hanya boleh berdoa agar karpal singh dibuka pintu hati untuk terima cara hidup orang Islam. Mungkin karpal singh tak tahu mengenai perintah Allah tersebut.

Tetapi, kalau kita yang mengaku Islam bersekongkol untuk menentang hudud, sama je la jadinya kita dengan karpal. Karpal menolak sebab dia tak faham, tapi kita menolak sebab apa? Kuno? ketinggalan zaman? Menyeksakan? Istilah itu tak de dalam hukum hudud.

Matlamat hudud membanteras dari awal sebelum sesuatu berlaku. Apabila berlaku mungkar, bermakna yang melakukan itu degil daripada menuruti perintah. Hukuman mesti setimpal dan memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulanginya. 

Yang tak faham tu, fikir lah dengan baik. Pergilah cari tok-tok guru untuk belajar. Bukan sekadar mengutuk hukuman tersebut. Kemodenan sekarang tidak dapat membendung masalah gejala sosial yang semakin mempengaruhi kehidupan kita. 
Post a Comment