Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, May 15, 2012

Kesesakan di Kuching, pengangkutan awam perlu penambahbaikan


Kenderaan awam yang sedia ada dilihat tidak banyak membantu mengurangkan kesesakan. Dengan keadaan sesetengah bas yang uzur membantutkan lagi selera pengguna kenderaan awam. Ini menuntut penghuni setiap kelurga disini mempunyai kenderaan sendiri sekurang-kurangnya sebuah kereta di setiap rumah.

Dengan kesesakan yang semakin teruk, ramai yang berpendapat bahawa sudah tiba masa Bandar Kuching ini dimajukan dengan pengangkutan awam yang lebih canggih dan effisien seperti yang ada di semenanjung. Ramai yang mahukan kerajaan mengkaji pembinaan monorel untuk mengatasi masalah yang semakin bertambah setiap hari.

Pihak kerajaan negeri dipohon untuk mengambil langkah serius menangani kesesakan yang berlaku supaya tidak membebankan pengguna jalanraya yang bertambah setiap hari. Kami menyokong penggunaan kenderaan awam, tetapi biarlah selesa dan perkhidmatan setimpal dengan bayaran.

No comments: