Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, May 22, 2012

Bekas Penjawat Awam sertai PAS


Kejutan terbaru menjelang PRU 13,ada bekas penjawat awam telah menyertai parti PAS. Terbaru ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS pada 20.5.2012.

Dalam ucapannya semasa penyerahan borang keahlian, Datuk Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Seorang lagi penjawat awam yang menyertai PAS ialah bekas Timbalan Residen Miri, Sarawak,  Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.

Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.

Penghijrahan bekas penjawat awam ke parti pembangkang menandakan atau mencerminkan ada yang tidak kena dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Kekusutan yang berlaku dalam UMNO tidak boleh dibendung lagi sehingga campur tangan bekas PM yang sebelum ini telah keluar kerana tidak setuju dengan pemerintahan Pak Lah. 

No comments: