Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, May 19, 2012

Paila FA milik Kelantan?



Malam ini,  juara Piala FA akan ditentukan di Stadium Bukit Jalil antara Pasukan Negeri Kelantan dan KL Sime Darby FC. Kedua-dua pasukan memburu Piala FA sebagai pembakar semangat untuk meneruskan saingan masing-masing di Liga Super  dan Liga Perdana. Walaupun Pasukan Kelantan dilihat mempunyai kelebihan, tetapi pasukan Sime Darby berbekalkan semangat dan habuan yang menanti mereka jika berjaya membawa pulang Piala tersebut.

Oleh itu, pasukan Kelantan tidak boleh mengambil mudah dan perlu bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk menafikan kelebihan Sime Darby. Pemain perlu memastikan strategi yang telah di atur oleh jurulatih Bojan Hodak dilaksanakan dengan cemerlang.

Kepada semua rakyat Kelantan, mari ramai-ramai kito pakat sokong pasukan negeri kito. Hok gi stadium tu, jago tingkah laku kito. Jange sebbab perlakuan kito, namo negeri kito diburukkan. Jago imej baik sek kito. Hok duk jauh dan tok leh gi di stadium tu, boleh la tengok di RTM1. Samo-samo la jugok kito berdoa agar kemenangan kepada pasukan kito.

Kepada yang memandu sendiri untuk ke KL tu, hati-hati di jalanrayo. Tak payoh nok laju-laju lah, kerajaan negeri bui cuti doh. Nyawa lagi penting. Ingat ore tersaye..
Post a Comment