Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru yang hambar

Tanggal 16 Mei setiap tahun, perayaan hari guru di sambut di selurh Malaysia bagi meraikan jasa guru. Pada tahun ini, semua sekolah diwajibkan untuk menyambut secara serentak dengan sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Perak. 

Di sekolah aku pula, tak pernah lagi aku jumpa di sekolah lama, hari guru tadi disambut dengan P&P pada sebelah pagi sehingga pukul 10.30. Semua warga sekolah diminta berkumpul pada pukul 10.50 pagi iaitu selepas waktu rehat.

Pada pukul 11 ditayangkan siaran langsung dari RTM1 sehinggalah habis ucapan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin. Selepas itu ucapan wakil YDP PIBG dan nyanyian lagu hari guru diikuti dengan persembahan pelajar  diselang seli dengan upara penyampaian anugerah.

Sambutan tadi begitu menghambarkan. Tak terasa pun diraikan dan yang seronoknya ialah pelajar sebab dapat tengok persembahan. Pukul 2 ptg pergi jamuan. Makanan yang disajikan sama dengan makanan yang dimasak untuk pelajar asrama. Hampir pukul 3 baru ada acara sukaneka untuk guru yang berlangsung hampir sampai pukul 5 petang. Yang peliknya acara sukaneka nye ialah menghias kolum. Dia ingat ni raye tamil ke? Benggong betul yang membuat acara ni. Pertandingan lain ialah mengayam ketupat dan satu lagi menghias hantaran. tu je la..

Tengok sekolah lain pukul 1.30 ada yang dah sampai rumah. Ramai juga yang memprotes dan tak ambil bahagian terutama guru lelaki. Aku sebab masih baru kat situ, terpaksala tunggu sampai habis. Amat ketara bezanya dengan sekolah lama aku dulu. Erm pengetua ini langsung tidak menjaga hubungan dengan pihak guru biasa. Yang dia tahu, result bagus je..
Promo from 18 – 20 May where u can be a proud Volkswagen owner for only RM980/month, u better get going. #VWfan
Post a Comment