Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, April 23, 2011

Mendaki Gunung Datuk



Hari ini den mengikuti rombongan sekolah ke Hutan Lipur Gunung Datuk dekat Rembau, N.S. Rombongan bertolak dari sekolah pukul 7.30 pagi dan sampai pukul 8.45 pagi. Selepas sesi taklimat dan bacaan doa, rombongan di daftarkan untuk mendaki gunung. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 setiap kepala.. Wah, nak menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan pun kena bayar tau..



Rombongan memulakan pendakian pada pukul 9.00 pagi. Pendakian boleh dikira mencabar juga. Bagi mereka yang sukakan cabaran sebegini memang seronok. Perasaan yang tensen dengan hiruk pikuk bandar boleh dibuang sambil menikmati suasana hutan yang hening dan menyamankan.


semasa pendakian dapat la jumpa 2 spesis binatang yang berlainan tetapi hanya satu je dapat dirakam. yang 1 lagi tu tak dapat almaklum la guna handphone je. Misi ke puncak gunung diteruskan walaupum kepenatan kerana tiada persediaan dilakukan untuk mendaki sebelum ini.







 Pemandangan dari puncak sungguh menarik dan dapat nampak bandar Rembau dari sini. Disebabkan kamera yang tak canggih, tu jela yang dapat gambarkan.hehe..






Pada pukul 11.15, akhirnya rombongan sampai kepada destinasi iaitu puncak Gunung Datuk. Perasaan penat tiba2 hilang dek keterujaan berada di puncak. Kami menikmati suasana puncak gunung sehingga pukul 12.30 tengahari. Selepas itu, kami meneruskan cabaran untuk menuruni gunung pula. Perasaan penat untuk turun tidak diendahkan kerana teringatkan makan, perut dah lapar. hampir pukul 2.00 kami sampai di kaki puncak. Selepas berehat selama setengah jam, kami pun bergerak untuk mencari tempat makan. Selepas makan, rombongan menerukan perjalanan pulang dan tiba di sekolah pada pukul 3.40 petang.



Sunday, April 17, 2011

GAYA ANAK



Monday, April 11, 2011

Berita Buruk dan Berita Baik

Hari ada pahit dan manis, suka dan duka.hehe..perkara yang buruknya hari ni, erm sedih pon ada rasa. kereta ku dicalar lagi. apa la nasib dan kesalahan kereta ku buat. sampai di undi nye kereta aku.padahal xde plak kereta aku tu jadi calon atau pon masuk pertandingan. erm redha je la. nak marah pon xtau sape yang buat. semoga ALLAH je la yang membalas jasa baik budak yang mengundi kat kereta aku tu...TAPI ALHAMDULILLAH, ada hikmah rupanya di sebalik semua dugaan TUHAN ni. dapat pula berita baik pada petangnya. dapat la bukan setakat mengubati malah mengatasi kesedihan yang keta kena calar tu. Aku dh lulus interview. Terima kasih banyak2 YA ALLAH atas semua yang berlaku..

Friday, April 8, 2011

Couple Islamik

Terbaca kat sebuah blog. Seronok gak untuk dikongsi...

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang
ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…

source: facebook.com

Wednesday, April 6, 2011

Saya sudah mengarahkan polis menyiasat- kata Hishammuddin


Hishammuddin beri jaminan 


KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kes murid sekolah agama di Perlis yang dibelasah sehingga mati akan disiasat dengan telus dan terperinci. 



Beliau berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada polis supaya melakukan siasatan segera terhadap kes itu dan ia diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan semua aspek berkaitan akan disiasat. 



Hishammuddin berkata, beliau faham akan kebimbangan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran apabila ada kes begitu berlaku sehingga melibatkan kematian. 



“Saya faham sentimen beliau (Muhyiddin) kerana saya juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan ketika ini pelbagai pertanyaan muncul dalam hati kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam. 



“Tanya dalam diri, mengharapkan pagar, pagar makan padi. Saya sudah mengarahkan polis menyiasat, dan ia akan disiasat sebagai kes jenayah bunuh serta semua yang terlibat akan didakwa selepas siasatan selesai. 



Hishammuddin berkata, tiada siapa akan terlepas daripada undang-undang terutamanya yang terlibat memukul murid berkenaan sehingga meninggal dunia. 



“Kita (kerajaan) akan dakwa mereka ini, tiada siapa akan dikecualikan dalam siasatan ini,” katanya. 



Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia pada jam 5.40 pagi Ahad selepas koma sejak Jumaat lalu yang disyaki dipukul seorang ustaz berumur 26 tahun yang juga penyelia Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Perlis. 



Penyelia berkenaan sudah pun ditahan polis, Sabtu lalu. - Bernama


Saturday, April 2, 2011

Minyak naik pulak!!!

RON 97 kini RM2.70 seliter

KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam tadi, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. Zulkifli berkata peningkatan 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu.

“Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah,” katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama