Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, April 6, 2011

Saya sudah mengarahkan polis menyiasat- kata Hishammuddin


Hishammuddin beri jaminan 


KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kes murid sekolah agama di Perlis yang dibelasah sehingga mati akan disiasat dengan telus dan terperinci. 



Beliau berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada polis supaya melakukan siasatan segera terhadap kes itu dan ia diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan semua aspek berkaitan akan disiasat. 



Hishammuddin berkata, beliau faham akan kebimbangan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran apabila ada kes begitu berlaku sehingga melibatkan kematian. 



“Saya faham sentimen beliau (Muhyiddin) kerana saya juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan ketika ini pelbagai pertanyaan muncul dalam hati kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam. 



“Tanya dalam diri, mengharapkan pagar, pagar makan padi. Saya sudah mengarahkan polis menyiasat, dan ia akan disiasat sebagai kes jenayah bunuh serta semua yang terlibat akan didakwa selepas siasatan selesai. 



Hishammuddin berkata, tiada siapa akan terlepas daripada undang-undang terutamanya yang terlibat memukul murid berkenaan sehingga meninggal dunia. 



“Kita (kerajaan) akan dakwa mereka ini, tiada siapa akan dikecualikan dalam siasatan ini,” katanya. 



Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia pada jam 5.40 pagi Ahad selepas koma sejak Jumaat lalu yang disyaki dipukul seorang ustaz berumur 26 tahun yang juga penyelia Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Perlis. 



Penyelia berkenaan sudah pun ditahan polis, Sabtu lalu. - Bernama


No comments: