Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, October 9, 2015

Minggu yang memenatkan

Alhamdulillah..minggu ni dah berlalu pergi. Begitulah masa. Tak pernah menunggu kita walaupun sesaat. Kita juga tidak pernah menang dalam mengejar masa. Beruntunglah bagi mereka yang dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Minggu ni dapat tugasan baru sepanjang kerjaya aku setakat ini. huhu.. Kali pertama ditugaskan sebagai Penolong Ketua Pengawas Ujian Bertulis Pelajar Tahun 2 Semester 4 2015. Jadual exam bermula hari Isnin sehingga Khamis.

Begini rupanya menjadi ketua atau penolong pusat exam. Ni baru dalaman sahaja, kalau peperiksaan yang besar seperti SPM tu macamana la? Tapi Alhamdulillah juga la, jadual exam sem ni tidak sampai petang macam sem lepas. Kalau tak letih lagi kerana terpaksa menunggu pelajar sehingga habis waktu pukul 4.30 petang.

Sem ni paling lewat exam abis pukul 1 tengahari. Selepas itu pelajar di arahkan ke kelas masing-masing mengikut jadual waktu seperti biasa. Bermakna dah lepas la tanggunggjawab aku hari tu.. tinggal jaga kelas sendiri je.

Minggu depan Exam amali pula. Harap dapat berjalan lancar.

Monday, October 5, 2015

JOM MELENCONG: Matang Family Park

Alhamdulillah.. semalam tanpa di rancang, sampai juga di Matang Family Park, Kuching. Dah hampir 5 tahun tinggal di Kuching, inilah kali pertama masuk sini. Sebelum ni hanya lalu je. Ni pun sebab ada member ajak berkelah. huhu..


Kami daftar masuk dalam pukul 1.40 petang. Bayaran untuk dewasa sebanyak RM4.00, remaja umur 13 hingga 18 tahun RM3.00 dan kanak-kanak umur 8 hingga 12 tahun RM2.00 dan 7 tahun ke bawah free. Kami datang untuk mandi-manda bersama famili masing-masing dan berbarbique.. huhu..


Seronok betul anak-anak main air. Sampai tak nak naik. Letih main air, makan sekejap dan sambung mandi lagi. Pukul 4.30 kami bergerak pulang. Antara kemudahan yang disediakan di sini, tempat parking, gerai jualan, tandas, bilik mandi, dan tempat barbeqiu.













Friday, October 2, 2015

Sekolah satu aliran?

Cadangan ini dah banyak kali dilontarkan oleh pelbagai pihak.. Minggu ini timbul lagi cadangan untuk mewujudkan sekolah hanya satu aliran di Malaysia. Pelbagai reaksi spontan telah di suarakan oleh pemimpin politik kita.

Bagi aku, cadangan ini amat baik dan patut direalisasikan dengan segera. Dari dulu lagi, kita tidak mengendahkan perlembagaan kita yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan wujudkan sekolah satu aliran, inilah masa untuk kita terus maju dengan pelan kita sendiri tanpa bergantung kepada bahasa asing.

Tapi, cadangan ini dilihat tidak mendapat tempat di hati pemimpin politik tanah air. Mereka mempolitikkan pula isu ini untuk meraih populariti dan menjadi jaguh masyarakat. Mereka tidak melihat isu ini untuk perpaduan masyarakat di Malaysia.

Disebabkan golongan politik inilah, agenda perpaduan kaum terbantut. Apa yang jelas dapat kita lihat ialah lahirnya manusia yang bersikap individualistik dan tidak memahami budaya dan agama seperti Alvin Tan. Adakah kita mahu melahirkan lebih ramai Alvin Tan di masa hadapan?

Kepada mereka yang berkuasa, tolonglah hentikan politik sempit dengan segera. Fikirlah cara untuk penyatuan masyarakat kita yang unik ini. Masyarakat kita begitu sensitif bila dimainkan dengan isu perkauman dan agama tetapi tidak pula ambil kisah bila negara di malukan.

Pemimpin akademik perlu desak kerajaan sementara boleh berbuat demikian. Jangan sampai semua dah tergadai baru kita nak melenting. Saat itu nanti, nak betulkan semula amatlah susah apabila kuasa 'orang lain' dah pegang.