Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, October 2, 2015

Sekolah satu aliran?

Cadangan ini dah banyak kali dilontarkan oleh pelbagai pihak.. Minggu ini timbul lagi cadangan untuk mewujudkan sekolah hanya satu aliran di Malaysia. Pelbagai reaksi spontan telah di suarakan oleh pemimpin politik kita.

Bagi aku, cadangan ini amat baik dan patut direalisasikan dengan segera. Dari dulu lagi, kita tidak mengendahkan perlembagaan kita yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan wujudkan sekolah satu aliran, inilah masa untuk kita terus maju dengan pelan kita sendiri tanpa bergantung kepada bahasa asing.

Tapi, cadangan ini dilihat tidak mendapat tempat di hati pemimpin politik tanah air. Mereka mempolitikkan pula isu ini untuk meraih populariti dan menjadi jaguh masyarakat. Mereka tidak melihat isu ini untuk perpaduan masyarakat di Malaysia.

Disebabkan golongan politik inilah, agenda perpaduan kaum terbantut. Apa yang jelas dapat kita lihat ialah lahirnya manusia yang bersikap individualistik dan tidak memahami budaya dan agama seperti Alvin Tan. Adakah kita mahu melahirkan lebih ramai Alvin Tan di masa hadapan?

Kepada mereka yang berkuasa, tolonglah hentikan politik sempit dengan segera. Fikirlah cara untuk penyatuan masyarakat kita yang unik ini. Masyarakat kita begitu sensitif bila dimainkan dengan isu perkauman dan agama tetapi tidak pula ambil kisah bila negara di malukan.

Pemimpin akademik perlu desak kerajaan sementara boleh berbuat demikian. Jangan sampai semua dah tergadai baru kita nak melenting. Saat itu nanti, nak betulkan semula amatlah susah apabila kuasa 'orang lain' dah pegang.


No comments: