Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, December 30, 2014

Dasyatnye banjir 2014

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana banjir besar yang melanda sebahagian besar wilayah pantai timur telah beransur pulih. Allahu akbar, besar sekali dugaan kita pada tahun ini. Antaranya MH370 yang masih belum diketahui nasibnya, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan bencana banjir yang cukup yang menjejaskan lebih 200 000 orang penduduk. Yang terbaru ialah kehilangan pesawat airasia indonesia. Walaupun pesawat ini didaftarkan di Indonesia, kesannya terasa kepada kita juga kerana 'bapaknya' berada di Malaysia.
Allahu akbar, berat juga dugaanMu tahun ini. Seumur hidup aku selama 31 tahun ni, tak pernah lagi rumah aku dinaiki air musim banjir, tapi tahun ni, mek aku terpaksa berpindah kerana rumah dinaiki air. Sehingga entri ni ditulis, aku belum dapat berita lagi setinggi mana air kerana tidak dapat menghubungi mereka. Dengar berita dari rakan, mereka dh pun dibenarkan pulang. Alhamdulillah la..
Sedih juga dengar perkongsian pengalaman mangsa yang terlibat banjir ni. Macam-macam cerita. Tapi yang paling tragis dan sedihnya ada lagi insan yang lalai melaksanakan perintah Allah walaupun tempat pemindahan mereka di surau dan masjid. Mereka lebih banyak bercerita dan berbual kosong dari mengerjakan ibadat dan berdoa untuk pulihkan keadaan. Nauzubillah.. Bencana banjir ini masih tidak memberi kesan kepada mereka.
Sepatutnya kita semua mengambil iktibar dengan bencana yang melanda ini supaya kita semua bersedia apabila tiba ajalnya. Kembalilah kepada Allah Maha Pencipta. Buatlah apa yang disuruhNya dan tinggalkanlah segala laranganNya. Sesungguhnya yang lebih baik dikalangan kita ialah orang yang beriman.
Kepada sesiapa yang berkelebihan dan ingin menderma kepada mangsa-mangsa banjir boleh la berbuat demikian dengan menghubungi NGO yang berdekatan dengan anda yang terlibat dengan tabung derma tersebut.

Tuesday, December 23, 2014

Mek Aku Hebat

Mek Thom binti Ibrahim
Itu nama yang didaftarkan
Memang kekampungan
Tapi mempunyai banyak kelebihan
Kemiskinan memberikannya kekuatan
Walaupun tak kenal huruf A,B,C tapi cekap pengiraannya
Gigih berusaha tak memilih pekerjaan
Musim padi turun ke bendang
Ada masa pergi menoreh getah orang
Di musim tembakau tak pernah ketinggalan
Ada masa free baiki reban ayam
Di tempat kenduri, mencuci pinggan
Demi menyara anak sepuluh orang
Sendiri tidak pernah ke sekolah
tapi tak rela anak mengikut langkah
Berhempas pulas memerah keringat asal anak dapat pelajaran
Kini, penat jerih yang dulu telah membuahkan hasil
Mengharapkan anak kerja dengan kerajaan telah pun berhasil
Terima kasih Mek
Keranamu aku sampai di sini
Engkaulah wanita HEBAT yang amat ku sanjungi
I Love you Mek...

Wednesday, December 17, 2014

Fahami dan selami sajak ini

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...HAI MELAYU..
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat, 
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....

Friday, December 5, 2014

Ikan buntal

Pernah ke anda terpikir makan ikan buntal? erm.. kecil-kecil dulu, masa pergi mengail atau menjala ikan, kalau dapat ikan buntal ni tendang buat bola je. Ikan buntal ni beracun. Tersalah makan boleh bawa mati kekejangan. Tak de orang nak makan. Kalau tersalah pegang pun boleh gatal-gatal. Bahaya ikan buntal ni.
Tapi di Sarawak ni siap ada orang jual di pasar. Biasanya orang iban la. Dia orang dah buang racun pada badan ikan tu. Pandai betul geng iban ni.
Aku pernah rasa sekali. Bapa mertua aku beli. Dia masak niasa je. Rasa sama je dengan ikan sungai lain. Tak pandai aku beza rasa dia. huhu.. Itulah rasanye kali pertama dan terakhir aku makan ikan buntal. Cuma untuk rasa je.
Kalau korang nak rasa ikan buntal, datang la kat Sri Aman. Kalau nasib baik boleh jumpa orang jual ikan buntal yang dah dibuang racun..huhu..

Thursday, November 27, 2014

Pucuk Kundang

Pucuk kundang aku panggil pucuk janggut. Sayuran ulaman yang aku jumpa di Sri Aman. Banyak juga makanan eksotik kat sini. Setakat ini belum jumpa lagi di jual di Kuching. Di Kampung aku kat Tok Uban ada pernah jumpa. Tapi tak sesegar ini. Yang jumpa dalam pagar tempat mak aku tanam sayur tu, kurus-kurus je. Sebenarnya, dia tumbuhan liar. Di Semenanjung, aku tak pernah jumpa orang makan.

Pucuk ini sedap dibuat ulam.Celur macam biasa bagi dia lembut dahulu.


Untuk buat ulam, ambik daun dan batang dia yang lembut je. Janggut dia pun boleh ambik.


Dah siap, celur macam biasa. Bagi dia lembut skit.


Mertua aku dia suka makan dengan sambal belacan ni.Homemade.


Aku macam biasa la. Budu juga la pilihan aku. Erm lagi sedap. huhu..



Monday, November 24, 2014

Anak o anak






Bising duk menangis kat umah. Tengahari buta bawa pergi taman. Aku bertiga je kat taman..huhuhu..

Thursday, November 20, 2014

Monday, November 17, 2014

Rumahku Syurgaku- Cat dinding ruang tamu

Alhamdulillah, inilah hasil dapat minggu pertama cuti. Dinding ruang tamu rumah siap juga di cat walaupun ambil masa sampai 2 hari. huhu.. padahal satu dinding je, tapi sebab match kan warna cat dengan warna wall sticker tu ambil masa.

Wall Sticker tu tempah online dengan Modern Home Deco (https://www.facebook.com/profile.php?id=100003787814813&ref=br_rs). Warna hijau torkois.


Pilihan cat pula dari jenama Jepun, Nippon paint. Rasa memang puas hati tambah-tambah hasil tangan sendiri kami sekeluarga. Thanks to my wife and my son..huhu..


Selepas ni dinding mane pula mama? hehe..

Thursday, November 13, 2014

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL 2015

Bagi pelajar lepasan PMR yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, permohonan untuk kemasukan sesi 2015 telah pun di buka. Permohonan boleh di buat samada secara online di http://www.moe.gov.my/  atau datang terus ke mana-mana Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik yang terdekat dengan anda untuk mengisi borang permohonan secara manual.

Tuesday, October 14, 2014

Wabak ke musim dia

Hujung minggu lepas, anak terpaksa di masukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana tak henti-henti muntah-muntah. Tak dapat nak minum apa-apa kerana muntah. Risau sangat sebab dia memang jenis yang kurang dan hanya bergantung dengan susu je. Kalau dia makan memang terlalu sedikit. 

Dah keadaan macam tu, aku bawa pergi klinik 1Malaysia. MA tu bagaitau hanya kembung perut dan dia bagi ubat kembung perut, ubat demam dan air garam. Tapi dia pesan kalau masih muntah berlarutan dia suruh bawa ke klinik lagi.

Balik dari klinik tu anak minta nak minum. Bagi minum masih lagi muntah. Bagi botol kedua tapi kali ni bagi air sirap je. sama juga, muntah balik. Dia minta nak minum lagi, sama juga keluar balik,

Rasa tak sedap hati, aku bawa pergi hospital. Macam biasa la di HUS memang sentiasa ramai orang. dari kul 11 malam aku daftar, pukul 1 lebih baru dipanggil. Aduh dengan anak pula tak nak bagi kerjasama dengan doktor tu. Last2 doktor suruh masuk wad je. Pukul 3 pagi baru dimasukkan ke wad. Seksa betul di hospital kerajaan ni. 

Tapi kes yang sama macam anak aku ni memang ramai la..Tapi Alhamdulillah, semalam dah dapat keluar hospital. 

Thursday, October 2, 2014

Jom jana duit guna telefon anda

Semua kita sekarang guna telefon pintar. betul tak? Berapa sebulan kita belanjakan untuk membeli reload? Berapa pulangan yang kita dapat hasil reload kita bulanan?

Kini ada pakej yang boleh menjana duit dari telefon.

Guna & Jana Berganda
Senang, lumayan dan berterusan.

Jom Guna Simkad Clixster
& Daftar Pakej Ameen
  1. panggilan percuma [clixster - clixster]
  2. mobile internet terendah dipasaran [1GB hanya RM17 /bulanan]
  3. Pelan Perlindungan Insuran PERCUMA RM 100 000 [jika daftar program ameen]
  4. syarikat bayar paling rendah RM2.00 bagi setiap orang yang berdaftar di bawah anda.
sms/whatsapp: 011-29930664 untuk dapatkan sim anda.
guna nombor lama pun boleh.






Ketahui bagaimana telefon anda dapat jana duit


Jangan tunggu lama. Jadi orang terawal untuk mendapat lebih banyak manfaat dan menjana lebih duit
call/sms/whatsapp: 011-29930664 [zaharuddin]
untuk lebih info

Tuesday, September 30, 2014

Lupa ke?

Mahathir kata melayu mudah lupa.. memang betul kot, rakyat Malaysia ni memang mudah lupa. terpesona dengan tipu daya hiburan, kemewahan dan pujian.. dulu kita sibuk memboikot satu restoran makanan segera tu.. tapi sekarang, aku lihat dah penuh balik restoran tu.

Apa dah jadi dengan boikot dulu. dah dilupakan ke? syarikat tu masih lagi teguh berdiri. patut la syarikat tu tak kisah ataupun hairan ataupun takut bila rakyat Malaysia kata nak boikot dulu.. siap ada nak bagi free lagi untuk beli maruah orang yang murah tu..huhu..

erm begitu mudah kita lupakan kekejaman israel. israel masih lagi mengatur strategi untuk menghapuskan rakyat Palestin di sana. dari pengalaman dan sejarah lepas, israel tak pernah berhenti untuk mengenakan tekanan ke atas penduduk Gaza. Genjatan senjata kali ni pun munkin jangka masa pendek sahaja.

Mari lah kita terus berusaha dengan sedikit sumbangan untuk terus memboikot syarikat2 yang menyumbangkan dana kepada israel yang telah membunuh ribuan manusia yang tak berdosa, orang2 tua dan kanak2 kecil yang belum tahu erti. Inilah sumbangan selemah-lemah sebagai manusia atas dasar kemanusiaan sejagat.

Friday, September 19, 2014

Ayat yang confius nak baca

Ayob Hussin telah menambah 4 foto baru — bersama Udeen Deen dan ZuRadin ZuLkifli.
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.
***Saya pun dulu sering melakukan kesalahan ini... selepas Ustaz Hj Ismail Noh -Sanad Ulama Mesir (Kedah) mengajar... baru lah kesalahan ini diperbetulkan..****
Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.
Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).
Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah 
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.
Rujuk link:
4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii

Tuesday, September 16, 2014

Thanks Nuffnang.com.my


Terima kasih nuffnang.com.my kerana memberi peluang untuk menjana pendapatan. Alhamdulillah, dah 3 kali aku buat pengeluaran. Walaupun pendapatan tidak banyak, tetapi boleh membantu ketika memerlukan. 

Dah begitu ramai yang join http://www.nuffnang.com.my/. Mungkin mereka terpaksa membahagikan iklan. Apa-apa pun, terus setia selagi diberi peluang.



Monday, September 15, 2014

Hanya kemenangan akan memberi impak besar

PRK DUN Pengkalan Kubor memeriahkan suasana di kawasan itu sekaligus menambah pendapatan kepada penduduk setempat. Persainagan 3 penjuru antara calon bebas, PAS dan UMNO akan diketahui pada 25 haribulan nanti.

Persaingan antara calon PAS dan UMNO dilihat begitu sengit dan keadaan atau jangkaan kemenangan awal adalah 50:50. Kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan sendiri. 

PAS menggalas cabaran yang besar dalam persaingan kali ini kerana dalam masa yang sama mereka perlu membuktikan kepada PKR bahawa rakyat Kelantan lebih menerima mereka. Jika kemenangan berpihak kepada PAS, untuk kerusi atau DUN yang telah kalah semasa dipinjamkan kepada PKR dulu boleh di minta kembali.

Sebaliknya kemenangan UMNO di Kelantan sekadar untuk mengetahui penerimaan rakyat terhadap mereka. Pada hemat aku, jika PRK ini tidak di ganggu dengan pemberian hadiah berbentuk material kepada pengundi, kemungkinan besar PAS berjaya dalam merampas kembali DUN tersebut.

Friday, September 12, 2014

Apa perkembangan CPD?

Dah terlepas pun waktu, tak ada apa-apa perkembangan dan maklum balas pun. Masih di teruskan ke kursus ni? Ke kat Sarawak ni memang lambat dan lembab? Ada yang boleh komen...huhu


Wednesday, August 27, 2014

Pulangkan Semula

Kematian ADUN Pengkalan Kubor membuka ruang untuk pilihanraya kecil di Dun tersebut tidak lama lagi. Dalam perjanjian Pakatan Rakyat, kerusi tersebut dipinjamkan kepada calon PKR untuk mengalahkan dan menjatuhkan tradisi UMNO di situ. Tetapi PKR yang diberi tanggungjawab itu sebaliknya tidak dapat menyerlah dan tidak dapat menyakinkan pengundi kawasan itu. 

Di sebabkan kegagalan PKR tersebut, elok kiranya PKR mengalah dan memulangkan kembali kerusi pinjaman tersebut kepada rakan PR iaitu PAS yang selama ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Kelantan. 

Rakyat Kelantan tidak dapat menerima ideologi politik yang dimainkan oleh pihak PKR. Kami lebih yakin dengan pemerintahan PAS berbanding PKR yang sekarang ini dilanda dengan bermacam-macam isu yang sedikit sebanyak telah menghakis kepercayaan rakyat dan merenggangkan hubungan antara parti dalam PR.

Diharapkan pihak PAS bertegas untuk mengambil balik ke semua kerusi DUN di Kelantan yang hampir kesemua kerusi yang dipinjamkan kepada PKR di Kelantan kalah dalam PRU lepas. Kredibiliti PKR di Kelantan terlalu lemah dan merosot dengan teruk. Jadi pulangklah semua kerusi tersebut kepada PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat Kelantan dalam semua hal termasuk royalti minyak, kesaksamaan ekonomi dan pembangunan negeri. 

Saturday, August 23, 2014

Hanya satu panggilan

Saya percaya, anda diluar sana pun pernah mengalami pengalaman seperti saya. Walau berapa kali kita tukar nombor telefon pun, masih lagi mereka dapat nombor kita. Persoalannya, bagaimana mereka boleh dapatkan nombor kita berserta dengan maklumat kita sekali? Hairan betul saya. Saya pernah komplen dengan operator telefon, mereka cakap itu pihak ketiga. Serabut juga rasa bila macam-macam iklan dapat.

Sekarang ini, trend baru syarikat insuran ialah dengan menelefon terus kepada kita. Pegawai yang telefon akan cerita tentang polisi yang dia nak bagi kita. Akhir sekali dalam perbualan tersebut dia akan tanya setuju tak. Kalau kita jawab ya, maka kita telah bersetuju dengan polisi tersebut dan automatik telah didaftar.

Dengan semudah itu sahaja mereka cari pelanggan sekarang ni. Tapi ingat, adakah anda betul-betul faham dengan polisi yang diambil tadi? Sekarang ni, insuran ada 2 jenis bayaran. Satu, kita bayar dalam masa yang sama kita menabung. Maksudnya, bila sampai tempoh matang, kita dapat balik bayaran kita seperti dalam buku polisi. Satu lagi, bayar hangus. Kalau tidak bayar, tidak di cover. Biasa, bayaran bulanan untuk pakej ini murah. Bagi saya, memang saya tidak minat pakej ni. Macam rugi je bayar.

Jadi sebelum kita ambil apa-apa polisi, fahami dulu apa kandungan polisi tersebut. Kalau nak lebih yakin, berurusanlah dengan orang yang kita kenal atau datang terus ke cawangan berdekatan supaya urusan untuk buat claim nanti lebih mudah.

Disebabkan urusan sekarang begitu mudah, kita perlu extra hati-hati. Ada je manusia yang suka menangguk di air yang keruh. Setakat hari ini, saya belum kena lagi. Tapi, lebih baik kita ambil langkah awal sebelum kita terkena.

Wednesday, August 20, 2014

Bahaya IT


email yang macam ni boleh percaya ke? Kedua-dua kata dari Maybank. Tapi jika dilihat dengan teliti, ada perbezaan. Cuba cari...

Selepas beberapa kes yang telah dilaporkan sebelum ini, aku tak berani lagi nak buka email macam ni dan sejenis dengannya. Sekarang kena berhati-hati kerana ramai sangat kat luar sana yang pandai IT dan menggunakan kepandaian mereka untuk mengaut keuntungan dengan jalan HARAM.

Macam-macam mereka buat untuk mengenakan sesiapa yang kurang arif dengan IT. Jadi untuk ambil langkah selamat, tak perlulah klik apa-apa link yang mengelirukan atau yang kita tak tau..

Friday, August 8, 2014

Permulaan yang baik

Hari ini bermulalah secara rasmi kempen boikot syarikat makanan segera yang sebelum ini banyak menyumbang dana ke israel yang tak henti-henti membunuh manusia yang tak bersalah termasuk orang tua dan anak-anak kecil yang belum mengerti akan apa yang berlaku. Bagaikan satu pesta bagi israel yang menyerang Gaza yang selama ini terkepung dan disekat segala bantuan masuk. israel dengan angkuh mempertahankan tindakan jahat mereka dengan memberi alasan untuk mempertahankan diri sedangkan beza kekuatan tentera dan alatan perang antara israel dan Hamas terlalu ketara. Hamas tanpa bantuan sedangkan israel dibekalkan senjata oleh sekutu kuat mereka si amerika.

Sebagai manusia yang bertamadun, kita wajib ambil cakna dengan nasib rakyat Gaza dan lakukan apa jua yang kita mampu untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh israel. Takkan kita nak ke Gaza untuk turut serta berjuang? Rasanya mustahil berlaku. Kalau nak bagi wang ringgit pula, mungkin kita tak mampu. Tapi, takkan nak boikot dan tidak membeli produk mereka pun susah kita nk buat. Itulah sekecil-kecil usaha yang saya rasa semua orang mampu buat.


Jadi, tekadkan semangat kita untuk terus memboikot produk-produk yang mempunyai kaitan dengan israel.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kempen-boikot-menjadi-mcdonald-s-lengang-1.305938
#Boycottisrael #SayNoForTPP #SaveGaza #SaveMalaysia

Thursday, August 7, 2014

#SuaraRakyatSuaraKeramat

Kempen boikot produk israel dan sekutunya kali ini menampakkan kesan yang begitu ketara berbanding kempen yang pernah dijalankan sebelum ini. Kempen kali ini memfokuskan kepada syarikat makanan segera McD. Ada fraincaisi dah merasa kesan kempen boikot kali ini sehinggakan ada pihak yang cuba melarang atau merayu supaya kempen ini dihentikan. Pelbagai alasan dicipta oleh mereka agar dapat melemahkan semangat rakyat dalam menyertai kempen ini. Bak kaya Abang Nasir dalam iklan McD tu, "rezeki ada dimana-mana". So, buat apa kita bersekongkol dengan negara yahudi yang menindas bangsa lain. Kalau manusia, mesti tak akan merelakan penindasan yang dilakukan ke atas manusia lain yang tak berdosa termasuk kanak-kanak dan orang tua yang tak terdaya hendak melawan. Ayuh wahai manusia yang budiman, kita bulatkan hati kita untuk meneruskan usaha yang kecil dan paling senang untuk dilakukan ini supaya pihak israel sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan. #SuaraRakyatSuaraKeramat #Boycottisrael

Tuesday, August 5, 2014

#Save the child in Gaza

Assalamualaikum & salam solidariti utk Gaza.
Pengistiharan program BOIKOT McD.
"1 Malaysia Jumaat Tanpa McD"
Ayuh semua rakyat Malaysia tak kira agama & kaum.. kita sama-sama menunjukkan solidariti kita kpd Rakyat Palestin di Gaza yg telah dizalimi oleh Rejim Zionist dengan kita menggunakan kudrat yg kita semua punyai iaitu memboikot segala produk USA & Israel.
Kita mulakan dengan memboikot McD bermula sekarang dan kempen Jumaat tanpa McD.
Ini bermakna walaupun kempen boikot ini bermula sekarang ke atas semua produk USA & Israel.. tetapi pd hari Jumaat ini (8 Ogos 2014) & jumaat2 sererusnya kita kosongkan restoran McD sebagai membantah kekejaman Israel ke atas saudara kita di Gaza.
Pada setiap hari jumaat kita semua pastikan tidak ke restoran McD kecuali utk berselfie di depan restoran McD yg menunjukkan restoran yg kosong tersebut. Kemudian anda sebarkan foto2 restoran McD yg kosong tersebut sebagai tanda kejayaan kita bersama.
Insyaallah dgn sokongan semua ianya akan memberikan kesan ekonomi yg amat besar kepada USA & negara haram Israel.
Sebarkan seluas mungkin kempen ini dlm group whatapps, Telegram, Fb, page dll media yg anda punyai.
Program ini adalah anjuran kita semua.. sehingga kita berjaya menghentikan kezaliman ini..
"1 Malaysia Jumaat Tanpa McD"
Pray For Gaza

S E B A R K A N...

Wednesday, July 23, 2014

Malam malam terakhir

Assalamualaikum..semoga semua sihat. Kita sudah berada dalam hari-hari terakhir Ramadhan. 10 malam yang yang dikatakan hari pembebasan. Rebutlah peluang ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah kita dan doa banyak-banyak supaya bertemu dengan malam yang yang berkat iaitu Malam Lailatu Qadar yang digandakan amalan kita sebanyak 1000 bulan.

Sebelum Ramadhan menutup tirai, aku dan famili ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa dan apa jua yang telah menimbulkan ketidakpuasan hati, mohon maafkan daku yang lemah dan kekurangan ini.

Kepada kawan-kawan yang memandu semasa pulang ke kampung nanti, aku doakan semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi. Pandulah dengan cermat, ingatlah keluarga tersayang menunggu kepulangan anda. 

Kepada keluarga juga mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, tahun ni beraya di perantauan. Insyaallah bulan 12 nanti jumpa lagi. 

Akhir sekali Selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. seronok-seronok juga tapi ingatlah orang yang kurang bernasib baik kat luar sana.

Monday, July 7, 2014

Lengang sudah...

Belum pun dapat bonus raya yang diumumkan PM, kebanyakan surau dah pun berkurangan jemaah. Ini belum lagi masuk ke malam 10 terakhir. Erm, kalau la buat bersendirian di rumah sebagai alasan tidak ke surau, pahala masih lagi tidak dapat menandingi pahala berjemaah. 

Bukan senang kita nak bertemu bulan yang penuh berkat, rahmat dan pengampunan macam ni. Ramai yang kecundang dan menemui ajal sebelum sempat berjumpa dengan Ramadhan. Kita yang diberi kesempatan sepatutnya bersyukur dan menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin. Belum tentu lagi samada kita masih berkesempatan untuk Ramadhan yang seterusnya.

Orang beriman memang berlumba-lumba untuk membuat amal jariah pada bulan ini. Tapi tak kurang hebat juga yang masih lagi terhoyong hayang dalam dunia maksiat dan dosa. Mungkin mereka anggap dunia ni masih muda sedangkan hakikatnya sedikit demi sedikit dalil-dalil kiamat terbuka.

Semoga kita dikurniakan hidayah oleh Allah yang Maha Kuasa supaya kita tetap isthiqamah di jalan Nya.

Monday, June 30, 2014

Masa depan tanah rizab Melayu

Pemilikan tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum ditanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.


Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.


Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.


Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.


British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.


Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan di beberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.


Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.


Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.


Nasib Tanah Rizab Melayu


Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.


Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia dan mendesak kerajaan negeri bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.



Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian tanah rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar tanah rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.


Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan tanah rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.


Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat Bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan Bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan.



Copy dari blog:

Pantau anak remaja

Ramadhan baru menjengah hari kedua. Dalam kita asyik buat ibadat, jangan lupa pula dengan anak remaja kita. Masa remaja ni la dia orang nak mencuba macam-macam perkara. Sebagai ibu bapa, kena la selalu ambil tahu dengan perilaku anak-anak supaya mereka tidak terseleweng dan terjebak dengan perkara yang salah.
Malam tadi, macam tahun sebelum-sebelum ni la, aku terawih 8 rakaat je. dah siap tu turun la nak balik. Erm ada la sepasang remaja tengah berdating. Dah la berduaan, tempat gelap, dekat dengan surau pula tu. Ish2, tak malu dengan orang yang tengah bersolat. Masa orang turun ramai-ramai balik selepas 8 rakaat tu pun dua orang tu boleh buat tak tau je..

Ya Allah, mohon kepadaMu Ya Allah supaya perkara seperti ini tidak berlaku dalam famili aku. Tolonglah ingatkan anak masing-masing sebelum perkara yang lebih parah berlaku. Keruntuhan akhlak anak sebenarnya berpunca dari sikap ambil mudah kita sebagai ibu bapa yang mengharapkan anak sedar sendiri dari kesilapan sedangkan kita tak pernah bagitau yang mana salah dan yang mana betul.

Sama-samalah kita bersikap ambil peduli supaya gejala sosial dikalangan remaja sekarang dapat dibendung.

Friday, June 27, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, tak sampai 2 hari lagi Ramadhan akan menjelma. Alhamdulillah juga, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk Ramadhan kali ini. Ambillah peluang ini sebaik mungkin agar kita dapat beribadat dengan sempurna. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala ujian yang akan kami hadapi dan jauhkanlah kami dari segala tipu daya syaitan. Semoga ibadah yang akan kami lakukan ini diterima dan diampunkan segala dosa kami yang telah lalu.

Kepada semua yang membaca laman ini, aku mohon maaf di atas semua kesalahan dan kekhilafan yang telah aku lakukan. Terima kasih..

Wednesday, June 25, 2014

Guru perlu bertindak jika teraniaya

Ada Ketua Jabatan yang cuba mengambil kesempatan dengan memberi markah LNPT kurang daripada 80% sedangkan guru tersebut telah pun cukup tempoh untuk kenaikan pangkat. Ini berlaku pada kawan saya sendiri. Menurut rekod markah LNPT guru tersebut sebelum ini, semua markah melebihi 80%. Tetapi markah tahun 2013 hanya 79.6%.

Ada lagi satu kes ialah sengaja melewatkan penghantaran borang kenaikan pangkat. Apabila ada pegawai tanya, pihak pengurusan cakap dalam proses dan pending. Tarikh yang sepatutnya pegawai tersebut naik pangkat adalah 3 tahun lepas takkan borang tersebut masih belum proses atau tidak sampai kepada pihak yang bertanggungjawab. 

Ini adalah kes penganiayaan oleh Ketua Jabatan dan pihak terlibat. Guru berhak untuk membuat laporan dengan persatuan terutama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) atau lebih dikenali dengan NUTP atau Sarawak Teachers Union (STU) bagi guru di Sarawak.

Guru boleh membuat aduan dengan mengisi borang seperti contoh di bawah yang diambil dari Majalah Guru Malaysia edaran April 2014. KPPK mohon borang tersebut dihantar kepada Ketua Jabatan, JPN dan KPPK sendiri dalam masa 30 hari untuk tindakan lanjut.

Pegawai perlu alert dengan tarikh kenaikan pangkat dan bertindak dengan segera jika berlaku sebarang masalah supaya ia tidak mendatangkan kerugian kepada diri sendiri kelak.

Supaya masalah seperti yang telah berlaku kepada kawan saya di atas tadi tidak berulang, guru dinasihatkan supaya mengambil langkah proaktif untuk menyertai mana-mana kesatuan guru yang ada supaya nasib kita terbela. Jangan la sayang sangat dengan RM6 bayaran ahli. Kalau berlaku seperti diatas lagi rugi.

Satu lagi, guru simpan la semua surat tugasan mengikut tahun sebagai bukti semasa membuat aduan dengan pihak persatuan nanti. Kalau tak ada bukti susah juga persatuan nak bertindak, tetapi markah LNPT sekarang lebih senang di akses berbanding dengan tulis tangan dahulu.

Bersama kita memartabatkan profesion keguruan dan menolak manusia yang korup dan berprikebinatangan.

Tuesday, June 24, 2014

Saranan untuk keharmonian institusi kekeluargaan

Jumaat lepas, aku sempat bersolat Jumaat di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang. Dalam teks khutbah yang dibacakan oleh khatib pada hari tersebut menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Yang paling banyak di tekankan ialah peranan kedua ibu bapa. Bagaimana didikan yang telah diberi dan ditekankan oleh ibu bapa di rumah kerana ia memberi kesan atau impak yang besar kepada perkembangan rohani anak-anak. Adakah didikan kita hanya untuk dunia sahaja, atau untuk akhirat sahaja atau pun untuk kedua-duanya. Didikan kita akan mempengaruhi perangai dan akhlak anak bila dewasa nanti. Adakah kita mati nanti, anak kita sibuk dengan dunianya, atau hanya datang sekadar menjenguk dari jauh atau berbual-bual dengan kawan-kawan atau yang akan membaca yasin kepada kita serta mendoakan kita kelak.

Untuk post yang lepas itu, memang amat kontra la dengan saranan khutbah Jumaat ini. Baca nentri lepas. Semua ahli keluarga sebenarnya mempunyai peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan keluarga yang bahagia. Nilai kasih sayang perlu diterapkan supaya ahli akan saling hormat menghormati antara satu sama lain.