Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, August 23, 2014

Hanya satu panggilan

Saya percaya, anda diluar sana pun pernah mengalami pengalaman seperti saya. Walau berapa kali kita tukar nombor telefon pun, masih lagi mereka dapat nombor kita. Persoalannya, bagaimana mereka boleh dapatkan nombor kita berserta dengan maklumat kita sekali? Hairan betul saya. Saya pernah komplen dengan operator telefon, mereka cakap itu pihak ketiga. Serabut juga rasa bila macam-macam iklan dapat.

Sekarang ini, trend baru syarikat insuran ialah dengan menelefon terus kepada kita. Pegawai yang telefon akan cerita tentang polisi yang dia nak bagi kita. Akhir sekali dalam perbualan tersebut dia akan tanya setuju tak. Kalau kita jawab ya, maka kita telah bersetuju dengan polisi tersebut dan automatik telah didaftar.

Dengan semudah itu sahaja mereka cari pelanggan sekarang ni. Tapi ingat, adakah anda betul-betul faham dengan polisi yang diambil tadi? Sekarang ni, insuran ada 2 jenis bayaran. Satu, kita bayar dalam masa yang sama kita menabung. Maksudnya, bila sampai tempoh matang, kita dapat balik bayaran kita seperti dalam buku polisi. Satu lagi, bayar hangus. Kalau tidak bayar, tidak di cover. Biasa, bayaran bulanan untuk pakej ini murah. Bagi saya, memang saya tidak minat pakej ni. Macam rugi je bayar.

Jadi sebelum kita ambil apa-apa polisi, fahami dulu apa kandungan polisi tersebut. Kalau nak lebih yakin, berurusanlah dengan orang yang kita kenal atau datang terus ke cawangan berdekatan supaya urusan untuk buat claim nanti lebih mudah.

Disebabkan urusan sekarang begitu mudah, kita perlu extra hati-hati. Ada je manusia yang suka menangguk di air yang keruh. Setakat hari ini, saya belum kena lagi. Tapi, lebih baik kita ambil langkah awal sebelum kita terkena.

No comments: