Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, April 14, 2012

Isu PTPTN sehangat pisang goreng

Sebelum ini aku pernah mengulas tentang PTPTN di Keikhlasan kerajaan di tagih. Disebabkan kehangatan isu ini, aku sekali lagi terasa nak mengulas mengikut pandangan aku tentang isu ini.

Isu ini bermula setelah diutarakan oleh Anwar Ibrahim, MP Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti PKR dalam memenangi hati golongan muda terutama lepasan IPTA dan IPTS sekaligus meraih undi untuk PRU 13 nanti. Nampaknya isu ini berjaya menarik perhatian umum terutama mereka yang berkepentingan.

Dalam reaksi balas pemimpin BN terhadap isu ini, mereka rata-rata mengatakan bahawa pemansuhan PTPTN hanya sekadar gula-gula politik, mustahil untuk dilaksanakan, cadangan yang tak masuk akal dan juga negara boleh muflis jika dilaksanakan. Tetapi setakat ini, belum ada dikalangan pemimpin BN yang cuba mencari satu penyelesaian yang konkrit terhadap isu tersebut melainkan mengatakan ianya tidak munasabah kecuali gerakan pemuda BN.

Pemuda UMNO dan BN yang diketuai oleh Khairy Jamaludin yang tidak memegang apa-apa fort folio dalam kerajaan cuba mempertahankan PTPTN dengan menubuhkan satu rundingan meja bulat yang mengumpulkan mereka yang berkepentingan termasuk NGO dan wakil pelajar IPTA dan IPTS. Hasil dari rundingan tersebut, beliau mendakwa 11 resolusi telah dicapai.(PTPTN: 11 resolusi rundingan meja bulat anjuran Pemuda Umno).

Dalam usaha untuk menangkis apa yang dicadang oleh pihak pembangkang, kerajaan BN perlu mencari idea yang lebih bagus dan menyeluruh dalam menyelesaikan isu berbangkit mengenai PTPTN sekaligus mengembirakan golongan yang terlibat. Cara itu lebih baik daripada sekadar mengulas dan mengiklan kebaikan PTPTN di media. Sekurang-kurangnya kerajaan BN boleh meredakan sedikit semangat yang sedang membuak dikalangan lepasan IPTA dan IPTS terhadap cadangan menghapuskan PTPTN oleh PKR.

Untuk pembangkang pula, Anwar diminta agar dapat membentangkan kepada umum bagaimana cara/sumber/ mekanisma yang akan digunakan oleh mereka untuk merealisasikan cadangan memansuhkan PTPTN tersebut. Sila bentangkan dengan jelas sumber dan dana untuk membiayai pendidikan secara percuma di Malaysia. Jika ini dapat dilakukan dan dibuktikan dengan jelas oleh pihak pembangkang kepada rakyat, aku yakin dan percaya, PR akan menang dengan selesa pada PRU 13 nanti. Insyaallah..


Post a Comment