Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, December 30, 2010

Sekolah Amanah Yayasan Amir

10 Disember 2010, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah  mengumumkan 10 Sekolah Amanah di bawah Yayasan Amir terdiri daripada sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan lemah serta merentasi pelbagai latar belakang sosio-ekonomi. Yayasan AMIR ialah sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

10 buah sekolah yang terpilih ialah masing-masing lima di Johor dan Sarawak sebagai projek perintis bagi program itu. Lima sekolah di Johor ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda (2), SK Kampung Layau, Kota Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaa (Tamil) Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Semenchu, Kota Tinggi dan SMK Gelang Patah, manakala lima sekolah di Sarawak ialah Sekolah Menengah Sains Kuching, SK Kg Empila, Samarahan, SK Combine, SK Tabuan dan SMK Bandar Kuching (2).

Muhyiddin dalam ucapannya berkata Sekolah Amanah bukan sekolah elit tetapi merupakan sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

“Dari segi pengurusan sekolah, kementerian akan memberikan kebebasan kepada pentadbir, guru-guru dan pihak swasta dalam bidang tertentu seperti kurikulum, kewangan dan perolehan, pengurusan staf serta carta alir pelaporan, di samping menyediakan garis panduan akauntabiliti yang jelas bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tugas,” katanya.

Sementara itu pada sidang media sama, Azman berkata Lembaga Pengarah Khazanah memperuntukkan RM100 juta bagi tempoh lima tahun untuk melaksanakan program itu. Beliau berkata pemilihan sekolah di Johor dan Sarawak dibuat berikutan operasi Khazanah yang banyak menjalankan program pembangunan di selatan Semenanjung iaitu di kawasan Iskandar Malaysia, Johor.

“Di Sarawak pula, kita mahu mengadakan satu pembangunan yang seimbang, iaitu bukan sahaja di Semenanjung malah di Sabah dan Sarawak. Jadi, kita akan mulakan di Sarawak dulu,” katanya.


No comments: