Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, December 29, 2010

Siapa yang akan menjulang Piala AFF-Suzuki?

Malam ini adalah penentu siapakah yang akan membawa pulang Piala AFF-Suzuki 2010 samaada Malaysia atau Indonesia. Tetapi Malaysia membawa bekal yang selesa 3-0 semasa perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. Ini bermakna, Indonesia perlu menang 4-0 untuk menjulang piala tersebut. 

Dengan perang siber yang memuncak di twitter mengenai dakwaan penyokong Indonesia dan disensasikan pula oleh media Indonesia mengenai dakwaan penggunaan laser oleh penyokong Malaysia yang menyebabkan Indonesia kalah pada perlawanan pertama.  Pelbagai pihak telah memberi ulasan tentang isu tersebut sehingga isu itu adalah yang teratas di twitter pada hari ini.

Penyokong Malaysia berharap agar semua pemain bermain dengan rentak yang sama ketika perlawanan pertama dan mematahkan setiap serangan yang dilakukan pihak lawan. Pemain juga diharapkan tidak cemas dengan perang psikologi dan mungkin juga berbaur ancaman dari penyokong fanatik indonesia. 

Semoga semangat melawan skuad Malaysia pada malam akan membawa pulang Piala AFF-Suzuki itu. Selamat berjuang kepada pasukan negara. Kami sentiasa mendoakan kejayaan. Jangan mudah mengalah walaupun musuh mempunyai kelebihan dari segi stadium keramat mereka (Stadium Gelora Bung Karno) dan bilangan penyokong yang ramai.

No comments: