Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, December 27, 2010

KDNK meningkat???

Kerajaan selalu mencanangkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang dan KDNK meningkat. Tetapi bonus untuk kakitangan kerajaan yang diumumkan pada pembentangan bajet 2011 hanya RM 500 seorang dan tidak selari dengan pengembangan ekonomi yang uar-uarkan. Sedangkan pembangkang berani mencanangkan RM500 untuk insentif para guru dan pendidik setiap bulan dengan alasan selari dengan kenaikan gaji anggota askar dan polis. Di pihak kerajaan pula, subsidi cuba dihapuskan yang menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang asasi yang semakin tinggi. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula dan petrol yang kemungkinan besar akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain disebabkan komuditi terpenting dalam pembuatan makanan dan bahan bakar utama untuk kenderaan meningkat.Kemanakah duit keuntungan daripada perkembangan ekonomi yang dikatakan meningkat tersebut dilaburkan???

No comments: