Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, February 3, 2012

Schoolnet menyekat maklumat

Kemudahan internet telah menjadi satu keperluan dalam bidang pekerjaan hari ini terutama dalam bidang pendidikan. Banyak perkara yang hendak di ketahui boleh di akses dengan mudah dan cepat melalui internet. Internet juga telah memudahkan kerja seperti pembayaran bil utility dengan mudah dan cepat tanpa membazirkan masa untuk beratur di kaunter.

Hampir semua sekolah di Malaysia telah mendapat kemudahan internet yang dikenali dengan schoolnet.
Kemudahan ini telah membantu kami khususnya warga guru. Ini kerana kebanyakan kerja perlu dihantar melalui internet seperti markah pelajar, SGM, pendaftaran peperiksaan, dan banyak lagi. Hanya guru yang tahu banyaknya tugas selain daripada mengajar yang mereka tanggung.

Dari segi maklumat pula, sebagai guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih dari pelajar. Guru seharusnya sentiasa update ilmu dan maklumat yang ada kerana setiap hari ada saja maklumat terutama isu semasa. Maklumat ini perlu untuk berhujah dengan pelajar, kerana kita tahu pelajar sekarang memang terdedah dengan maklumat yang pantas dan mereka suka menguji guru semasa di kelas.

Tapi apa yang sedihnya ialah, banyak laman-laman web yang di blok oleh school net dan menyukarkan kami
untuk mendapat maklumat semasa. Contohnya youtube. Di youtube, memang diakuiada bahan yang tidak berguna di upload ke situ tapi bukan semua. Banyak juga bahan-bahan yang boleh dijadikan contoh untuk P&P ada diupload di situ.

Sekarang ni, makin banyak yang di sekat sampai blog mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun kena blog. Kalau la sekat blog Anwar tu kami tahu la sebab apa. Harap schoolnet dapat ambil perhatian hal ini.

No comments: