Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, February 22, 2012

Debat Politik kurang di Malaysia

Debat politik mengenai isu-isu panas dan semasa kurang mendapat sambutan. Walaupun pihak pembangkang sering mencabar kerajaan untuk berdebat, tetapi pihak BN di lihat tidak berminat dengan perkara tersebut dan lebih suka dengan trend lama mereka.


Anwar dilihat sering kali ingin menggunakan platform debat untuk meraih kenyakinan rakyat dan selalu mencabar Najib ke arah itu. Minggu ini Anwar mencabar lagi Najib untuk berdebat mengenai isu Palestin. Anwar berkata, langkah itu perlu berikutan pelbagai dakwaan yang melibatkan dirinya dengan isu Israel dan pembebasan rakyat Palestin.

Selain itu, Mahfuz pula mencabar Hishamuddin berdebat dan isu yang hendak di debat boleh di pilih oleh Ahli Parlimen Sembrong itu sendiri. Cabaran tersebut dibuat sebagai mengulangi perancangan mereka untuk berdebat 12 tahun lalu, tetapi dibatalkan kemudiannya akibat dihalang oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai yang sokong trend debat yang cuba dipopularkan oleh pembangkang di Malaysia ini. Antara mereka ialah Rais Yatim, Daud Abdul Rahman (Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu), yang menyatakan debat adalah trend politik yang positif dan baik untuk perjelasan kepada rakyat.

Tetapi ada juga yang menentang diadakan debat seperti ini adakan. Kata mereka debat tidak mendatangkan apa-apa hasil dan tidak mendatangkan keuntungan ataupun faedah kepada rakyat Malaysia. Di antara yang menentang ialah Tun Mahathir, Syed Ali Al habshee, Adnan Mansor.

Apa pun yang berlaku, samada berdebat atau pun tidak, maklumat kepada rakyat tidak boleh di seleweng dan di putar belitkan. Rakyat kena tahu kedudukan sebenar dan apa yang berlaku dalam menguruskan negara ini. Rakyat pun ada hak untuk memperbetulkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah terutama dalam politik.

No comments: