Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, February 6, 2012

Tahniah TVAlHijrah

Setelah 2 tahun lebih di tubuhkan, TV AlHijrah telah berada dikedudukannya tersendiri. Program-program yang disiarkan berbentuk Islamik dan menepati kehendak semasa masyarakat Malaysia kini. 
Antara program yang menarik dan mendapat sambutan hebat dan mempunyai peminatnya tersendiri ialah rancangan 30 Minit Ustaz Don. Program ini mengupas tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan
kehidupan seharian dan dikupas dengan cara yang menarik oleh ustaz Don. Program ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10.30 malam dan Ulangannya pada hari Jumaat, jam 2 ptg.


Satu lagi yang menarik perhatian saya ialah Program Ejen Halal yang dihoskan oleh Muniff Isa. Program ini diterbitkan untuk memperingatkan pengguna tentang kepentingan setiap produk dalam memiliki logo halal sebagai tanda aras kualiti penghasilan produk dan kepenggunaan. Ejen Halal bersiaran setiap hari Ahad jam 9.30 malam.

Selain daripada itu ialah program Khidmat Syariah yang dihoskan oleh Wan Kamarudin yang sebelum ini terkenal dengan trademark 'Apa kejadahnya' dalam Edisi Siasat.

Untuk maklumat lanjut tentang TV AlHijrah http://www.tvalhijrah.com/

No comments: