Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, February 5, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Setiap 12 Rabiul Awal dalam kalendar Hijri merupakan ulangtahun hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Setiap tahun umat Islam meraikan keputeraan Baginda Rasulullah dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

Di Malaysia, cuti umum diberikan setiap kali tiba 12 Rabiul Awal. Sebagai sambutan kita mengadakan
perarakan Maulidur Rasul, nasyid dan ceramah mengenai sirah Nabi. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Semoga semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama dapat menghayati tema kerana dengan persefahaman yang wujud sekian lama di negara inilah yang mengekalkan perpaduan dan mengelakkan kita daripada berpecah belah walaupun kita terdiri dari pelbagai etnik dan agama.

Bersyukurlah kita kerana Allah masih memberi nikmat keamanan di negara kita. Banyak negara Arab telah bergolak kerana kuasa tapi kita masih lagi waras untuk tidak menggunakan kekerasaan dan menjunjung nilai demokratik. Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita sama-sama mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. dengan mengerjakan apa yang di suruh dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Post a Comment