Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, February 1, 2012

Kuota Bumiputera

Selamatkan kuota daripada terlepas

PERSATUAN Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) mencadangkan kuota perumahan Bumiputera yang tidak terjual dibeli gabungan golongan Bumiputera kelas pertengahan atau golongan profesional bagi menyelamatkan aset berkenaan daripada terlepas di pasaran bebas.
Presidennya, Mohammad Sahar Mat Din berkata, jika dilihat daripada aspek komersial, isu membuka kuota
jualan Bumiputera di pasaran bebas mempunyai kesan positif kerana ia menyelamatkan pemaju daripada bebanan kredit kos pembangunan dan memberi kesan ke atas pemilikan aset golongan Bumiputera.


Beliau berkata, sekiranya ingin menyelamatkan kuota berkenaan, golongan Bumiputera terdiri daripada badan organisasi atau syarikat boleh membuat pelaburan hartanah di kawasan terbabit kerana kebanyakan kawasan yang tidak mendapat sambutan itu mempunyai nilai komersial tinggi.




Dalam isu ini, ketegasan kerajaan dalam menjamin hak-hak bumiputera adalah amat penting. Jika Kerajaan lemah, mereka akan tunduk kepada permintaan pihak pemaju untuk membuka pasaran bebas kepada hartanah rezab bumiputera sekaligus mengabai dan membiarkan kaum bumiputera terus ketinggalan dalam pemilikan hartanah yang saban tahun harganya meningkat dan membebankan kaum bumiputera yang rata-ratanya masih berpendapatan sederhana dan miskin.

Kerajaan perlu mencari satu jalan penyelesaian yang tidak merugikan pemaju tetapi pada masa yang sama mengekalkan hak-hak bumiputera iaitu sekurang-kurangnya 30% pegangan bumiputera di setiap kawasan yang dimajukan.

Jika dikaji harga hartanah di kawasan bandar terutama di Sarawak dan Sabah, harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan tempoh pegangan. Di Bandar Kuching contohnya, tempoh pegangan hanya selama 60 tahun sahaja. Tempoh ini tidak pernah didengar di Semenanjung sana kerana di Semenanjung paling singkat pun 99 tahun.

Semasa aku meninjauharga rumah teres 2 tingkat yang baru  dibina tahun lepas, harga terendah pun sudah melebihi RM 200 ribu. Bayangkanlah macamana bumiputera yang berpendapatan RM 2000 kebawah hendak memiliki rumah. Hanya mereka yang cekal sahaja dapat membayar balik pinjaman sebanyak itu.

No comments: