Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, February 15, 2012

Sambutan Valentine


Terima kasih kepada pihak media di Malaysia kerana tidak mempromosikan hari tersebut seperti tahun-tahun sudah. Tiadanya liputan seperti ini diharap dapat mengurangkan kes-kes yang berkaitan dengan sambutan ini.






Tetapi, apa yang dikesali ada pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu ini. Pihak tersebut sengaja menggunakan hak asasi atau kebebasan sebagai senjata utama mereka. Puak-puak ini tidak patut dilayan atau pun diberi layanan kerana desakan mereka bukan sahaja boleh mendatangkan masalah kelak malahan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan yang sebati di dalam masyarakat asia.

Harus diingat bahawa hak asasi itu atas batasnya. Dalam Islam, Al-Quran dengan jelas menyatakan apa yang wajib, harus dan haram. Baca dan fahami surah Ar-Rahman supaya kita tidak lalai dalam menempuhi hidup masa depan agar kita tidak tersesat.

No comments: