Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, February 19, 2012

Main Lompat-lompat

Setiap kali musim pilihanraya ada je berita arus perdana yang menyogok bahawa ada penyokong tegar PAS di Kelantan masuk UMNO/BN. Isu penyokong PAS lompat parti dan masuk UMNO di Kelantan ni dah semacam menjadi satu trend menjelang pilihanraya.


Tapi yang hairan dan membingungkan, keputusan pilihanraya kurang memihak kepada mereka pun. Terfikir juga apa yang berlaku sebenarnya. Adakah yang keluar PAS masuk UMNO tu ikhlas untuk berjuang dalam UMNO atau sekadar mencari 'gula-gula' atau 'geli-geli' sahaja? 

Apa yang aku nampak sebelum-sebelum ini ialah kekalahan tersebut berpunca disebabkan oleh ramai sangat ahli UMNO di Kelantan yang memegang PHD (perasaan hasad dengki). Benda ini tidak boleh dibendung dan semakin berleluasa. Contohnya tak perlu nak sebut sebab terlalu banyak. Mereka-mereka ini sanggup mensabotaj calon pilihan parti dek kerana hajat kumpulan mereka tak tercapai. Inilah senario sebenar yang tidak mampu ditangani oleh ketua mereka.

Dalam pada usaha BN menawan Kelantan, situasi semasa lebih banyak memihak kepada Pakatan Rakyat. PR terutama PAS sekarang dijangka dapat mengekalkan momentum mereka di Kelantan untuk mengekalkan kuasa. Ramalan juga mengatakan PR mempunyai potensi untuk mengekalkan negeri taklukan mereka dan sekurang-kurangnya 1 lagi negeri dapat dirampas PR sekaligus menambah ahli pembangkang di Dewan negara dan menafikan majoriti mudah kerajaan sekarang.

Walau bagaimana pun, dalam politik ini sama juga dengan permainan bola sepak. Apa-apa pun boleh berlaku. Tunggulah keputusan yang akan di umumkan oleh SPR selepas PRU 13 nanti yang dijangka pada pertengahan tahun ini.

No comments: