Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, February 10, 2012

Korbankan Syarikat GLC

Dalam keghairahan menambah nilai ekuiti Bumiputera, kerajaan cuba melupus dan memindah syarikat-syarikat milik GLC kepada syarikat Bumiputera yang berkelayakan. Perkara itu adalah antara lima keputusan yang dipersetujui mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan beliau di sini semalam.

Apa yang diragui ialah 


1. Adakah tindakan yang diambil oleh kerajaan ini berkesan untu melahirkan syarikat bumiputera yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang sedia wujud atau sekadar melahirkan jutawan segera dan selepas tempoh masa tertentu syarikat tersebut tenggelam kerana tidak lagi mampu bersaing tanpa diberi bantuan oleh kerajaan. Contoh masa lalu ushawan yang pernah dilahirkan kerajaan dan tenggelam ialah Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Berbaloikah melupuskan aset GLC jika akhir nanti syarikat yang dilupuskan dimiliki oleh kaum lain disebabkan kegagalan pengurusan syarikat yang diberi tanggungjawab kerana walaupun syarikat yang dilupuskan bukan perniagaan teras GLC tetapi masih lagi memberi keuntungan kepada Syarikat GLC. 

Memang bagus cadangan kerajaan untuk menambah ekuiti Bumiputera di Malaysia yang sekarang ini kurang dari 20% dari keseluruhan nilai pasaran tetapi lagi molek jika tidak dikacau urusan yang sedia ada dan meneroka bidang baru yang lebih baik untuk usahawan bumiputera. 

No comments: