Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, February 18, 2012

DASAR PEMISAH : Senjata penamatan pegawai perkhidmatan

Dasar Pemisah yang akan dilaksanakan dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam memberi kuasa kepada Jabatan untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai sekiranya tidak menunjukkan prestasi kerja cemerlang khasnya pegawai yang bermasalah atau berprestasi rendah. Penamatan pegawai boleh dilaksanakan sekiranya:

  1. Tidak melepasi PROSPEK atau Kursus Pra JUSA atau JUSA bagi kumpulan Premier.
  2. Mempunyai masalah kesihatan yang boleh menjejaskan prestasi kerja.
  3. Tiada peluang kenaikan pangkat dalam organisasi berkenaan.
  4. Pegawai yang berprestasi kurang 60% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada tahun semasa.
  5. Diperiksa dan diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengguna dan mengambil dadah.
  6. Pegawai yang disabitkan oleh mahkamah kerana terlibat dengan salah laku jenayah yang menjejaskan imej Perkhidmatan Awam.
  7. Pegawai yang diperakui oleh Pegawai Perubatan atau Psikiatri Kerajaan mengalami masalah kesihatan mental.

Masalah yang akan timbul kepada kita guru-guru biasa berkemungkinan menjadi mangsa penganiayaan oleh Ketua Jabatan yang tidak sependapat. Di sekolah, prestasi kita di nilai oleh pihak pentadbir. Ruang dan peluang terbuka luas oleh pihak pentadbir untuk menyingkirkan pegawai yang ‘menentang’ ‘sistem pentadbiran’ mereka.

Dalam hal ini, CUEPACS dan KPPK telah membuat rundingan dengan JPA dan JPA bersetuju untuk menubuhkan Panel Penilai Dasar Pemisah yang turut diwakili oleh wakil CUEPACS sebagai pemerhati. Semua kes penamatan perkhidmatan perlu dirujuk kepada JPA sahaja.

PERHATIAN: JIKA ANDA MENJADI MANGSA PENGANIAYAAN DALAM PERKHIDMATAN SILA MAKLUMKAN KEPADA PERSATUAN MASING-MASING ATAU TERUS KEPADA CUEPACS UNTUK MENDAPAT PEMBELAAN.

No comments: