Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, February 26, 2012

Mati kerana BR1M

2 hari lepas, seorang warga emas dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak di Kuching kerana pengsan ketika berasak untuk menerima duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kejadian tersebut berlaku di Batu Kawa, Kuching.


Di Sri Aman lain pula ceritanya. Daripada perbualan dikedai kopi, ada yang menyatakan bahawa 2 kejadian yang membawa maut gara-gara tidak sabar dan berasak-asak untuk mendapatkan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia. Kejadian ini dikatakan berlaku minggu lepas. 

Mangsa pertama ialah warga emas. Dia dikatakan pengsan semasa berasak untuk mendapatkan wang yang diagihkan dan meninggal kerana sakit jantung. Yang kedua ialah bayi yang dalam kain yang di kendung. Dikatakan ibubapa bayi itu tak perasaan bahawa anak mereka meninggal hinggalah tiba di rumah. 

Kesahihan cerita aku tak dapat nak pastikan kerana dengar daripada percakapan orang kampung je. Aku ada juga cari di paper kot-kot ada tersiar tapi tak jumpa. Tapi sahih atau pun tidak, yang penting sekarang untuk menjaga keselematan penerima BR1M supaya kejadian di Batu Kawa tidak lagi berulang di tempat lain. 

Ahli Parlimen atau ADUN yang menyerahkan wang BR1M haruslah menyediakan langkah-langkah keselamatan serta menenangkan penerima supaya menunggu giliran masing-masing tanpa berebut dan berasak-asak. Almaklumlah, penerima tu mungkin fikir duit tak cukup kot, tu yang berebut.


No comments: