Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, September 19, 2011

Publisiti Kolej Vokasional


Pagi ini, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah di wawancara oleh TV3 dalam segmen Malaysia Hari Ini (MHI). Promosi transformasi sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional telah pun banyak diperkatakan. Program tersebut telah pun di war-warkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yasin dan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dato’ Tajuddin bin Jab melalui siaran berita di media massa.

Program tranformasi pendidikan vokasional yang akan dirintis pada tahun depan di beberapa sekolah vokasional yang terpilih di setiap negeri yang akan memulakan modul baru Kolej Vokasional. Program ini akan mengeluarkan diploma seawal remaja kepada pelajar yang menghabiskan modul kolej Vokasional selama 8 semester yang dipanggil Diploma Kolej Vokasional.

Bagi mereka yang masih lagi kabur dengan program ini, boleh lah melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/ atau bertanya terus di sekolah-sekolah vokasional yang terdekat.
Post a Comment