Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, August 22, 2011

Naik taraf Sekolah Vokasional


Usaha kerajaan dalam membangunkan modal insane di Malaysia telah direalisasikan dengan satu lagi program iaitu menaik taraf sekolah menengah vokasional menjadi kolej vokasional. Perlaksanaan tersebut dijangka pada tahun 2013 akan datang. Segala draf dan proposal telah pun siap dan mendapat persetujuan Menteri Pelajaran sendiri. Sebuah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dipilih untuk menjadi perintis ke arah kolej vokasional dan pengambilan pelajar perintis akan bermula pada tahun depan.

Apabila kolej vokasional menjadi kenyataan nanti, pengkhususan kursus akan dilakukan. Kursus yang ditawarkan ialah kursus-kursus yang terkandung dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pelajar yang belajar di kolej vokasional boleh mendapatkan SKM sehingga tahap 3 jika mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dalam setiap tahap tersebut. Selain daripada kursus yang di ambil, pelajar juga di ajar subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah.

Kewujudan kolej vokasional adalah strategi serampang 2 mata iaitu bukan sahaja memberi kemahiran kepada pelajar, malah ia juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar dalam bidang akademik. Ini bermaksud, pelajar yang akan dipilih ke kolej vokasional nanti ialah pelajar yang mendapat keputusan yang rendah dalam PMR. Kemasukan mereka ke kolej vokasional adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran dan mencerahkan harapan mereka untuk bersaing di alam pekerjaan kelak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kolej vokasional ini, anda boleh melayari laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) atau mengunjungi mana-mana sekolah menengah vokasional yang terdekat. Permohonan untuk kemasukan pelajar untuk tahun 2012 akan dibuka secara online selepas pelajar selesai Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

No comments: