Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, March 9, 2012

Tolong keluarkan Hafiz

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diseru agar menggantikan kedudukan pemain perseorangan kedua Negara Muhammad Hafiz Hashim dengan pemain lain yang lebih muda dan memberi saingan dalam setiap perlawanan untuk Piala Thomas di Wuhan nanti. Ini kerana prestasi Hafiz yang begitu teruk kebelakangan ini membuatkan peminat sukan badminton menyampah dengan kehadiran Hafiz yang tidak menunjukkan sifat berlawan serta menyerah kalah dengan terlalu mudah dalam setiap perlawanan akhir-akhir ini. 

Zaman Hafiz Hashim dah berakhir. Terbaru ni, Hafiz kalah kepada pemain ranking yang lebih rendah daripadanya Chou Tien Chien yang berada di ranking ke-32 di peringkat kelayakan kejohanan badminton Seluruh England 2012. 
Kejutan yang dibuat oleh Hafiz mengecewakan semua pihak termasuk peminat di tanah air. Dah tiba masanya BAM mencari pengganti Hafiz dan memberi peluang kepada pemain muda Negara yang lebih agresif untuk mencari kemenangan dengan beraksi diperingkat antarabangsa. Kita sudah ada pemain muda yang terbaik dan telah menjadi juara remaja asia iaitu Zulfadli Zulkifli. Kami peminat mengaharpkan supaya Hafiz digugurkan supaya tidak merosakkan rancangan Kem Malaysia untuk memburu kemenangan di Wuhan nanti.

No comments: