Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 26, 2012

Nasib Lotus?

Setelah pulangnya Proton kepada 'bapak' dia, banyak juga perubahan yang dilakukan oleh DRB Hicom dalam memperkasakan Proton untuk lebih berdaya saing di dalam dan luar negara. Antara langkah yang di ambil ialah melantik Datuk Seri Mohd Khamil Jamil sebagai CEO Proton yang baru menggantikan Datuk Nadzmi Mohd Salleh yang meletak jawatan.

Langkah ini bagi melicinkan lagi perjalanan dan pengurusan syarikat Proton dengan induknya. Setakat ini DRB Hicom belum lagi mengumumkan status anak syarikat Proton di Britain iaitu LOTUS. Perkembangan ini sentiasa di pantau oleh ahli perniagaan kerana Lotus antara pengeluar kereta sport terkemuka di dunia. Tetapi semua mengharap agar pengurusan baru ini tidak mengambil langkah untuk membuat kesilapan kedua setelah penjualan MV Agusta dahulu.

Sebelum ini, walaupun Proton menguasai Lotus tetapi Proton belum lagi menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada di Lotus. Demi meningkatkan jualan dan mengurangkan kos pengeluaran, DRB Hicom perlu mengorak langkah yang lebih agresif untuk menaikkan jenama negara tersebut. Tugas yang dipikul oleh DRB amat berat kerana selain daripada Proton, DRB mempunyai kerjasama dengan beberapa syarikat lain dalam pemasangan kenderaan di negara ini.

Apa-apa pun semoga syarikat Proton terus maju dan menjadi antara pengeluar kereta yang dikenali bukan setakat rantau asia tetapi dunia.

No comments: