Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 19, 2012

Mahalnya amah

RM700 bagi 1 tugasan yang spesifik!! Betulkah kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, yang  menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia berhubung hal ini. Sedarkah JTF ini tentang pendapatan kebanyakan rakyat sehingga meletakkan syarat sedemikian.

Apa pun alasan yang diberikan, angka itu adalah terlalu besar dan amat tidak setimpal dengan tugas yang mereka lakukan berdasarkan syarat yang ditetapkan iaitu RM700 untuk satu kerja specifik. 

Dalam bayangan aku la..
1. Kebanyakan kita memerlukan amah terutama pengasuh untuk menjaga anak. Dengan kos hidup sekarang ini, teruk juga jika bergantung kepada satu gaji saja. Bila dua-dua dah kerja, anak kena ada orang jaga, jadi kena ada pengasuh.
2. Masa kerja kita kebanyakannya tidak kurang dari 6 jam, lebih lagi ada la. Bila dah lama tinggal, anak nak juga makan. Takkan nak biarkan anak berlapar dalam tempoh tersebut. 
3. Kalu pasal lain, aku rasa aku boleh buat lagi. 

Kalau ikut peraturan JTF, 2 perkara diatas dah perlu ada 2 orang amah. Seorang RM700, 2 dah RM1400. Pendapatan isi rumah aku RM5000. Perkara yang perlu bayar setiap bulan pula:
1. rumah = RM1108
2. Kereta aku + isteri = RM550+RM890 = RM1440
3. Bil utiliti lagi
4. kos harian lagi

woii..seksa tu..Macamana la anak aku lepas ni...

No comments: