Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 5, 2012

Mungkinkah dakwaan Hasan Ali betul?



Dengan pelbagai serangan dan dakwaan yang dibuat oleh Dato Hasan Ali mengenai kewujudan parasit dalam PAS yang cuba menjatuhkan golongan ulamak nampak semacam betul je di pandangan orang luar. Ini berikutan insiden terbaru
yang berlaku dalam PAS kedah yang di lihat cuba untuk menjatuhkan pemerintahan Ustaz Azizan. Pemerintahan Ustaz Azizan yang dilihat sangat tegas dalam pelbagai isu menimbulkan rasa kurang senang dengan keadaan tersebut.

Aku yakin Ustaz Azizan dapat menangani isu ini. Ketegasan beliau amat diperlukan dalam politik masa sementelah ahli politik melayu Islam kini dilihat lebih cenderung untuk lebih memihak kepada sekutu lain demi untuk mendapatkan undi.

Pemerintahan di Kedah tidak boleh disamakan dengan pemerintahan di Kelantan walaupun kedua-duanya di kuasai oleh PAS. Ini kerana lanskap penduduk berbeza dan kemahuan rakyat di negeri masing-masing juga berbeza.

Sejak menjadi Menteri Besar Kedah, jarang kita dengar isu besar yang timbul. Dengan kebijaksaan dan pengalaman Ustaz Azizan, beliau mampu menangani isu yang timbul dengan berkesan. Sedarlah wahai rakyat Kedah, pemimpin yang dah muncul. Kekalkanlah apa yang ada untuk menikmati kemakmuran bersama.

Bagi mereka yang cuba menjadi parasit tu, bertaubatlah. Dunia ni tak kekal. Tak perlulah nak kejar dan memilikinya. Akhirnya kea lam akhirat juga kita semua pergi.

No comments: